Siakap Keli
PM Anwar Islamkan Saudara Baru Di New York Selepas Khutbah Jumaat
Kredit: Bernama

Pimpin Lafaz Kalimah Syahadah, PM Anwar Islamkan Saudara Baru Di New York Selepas Khutbah Jumaat

Pimpin Lafaz Kalimah Syahadah, PM Anwar Islamkan Saudara Baru Di New York Selepas Khutbah Jumaat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin seorang lelaki mengucap kalimah syahadah selepas menyampaikan Khutbah dan menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York, hari ini.

Di media sosial, turut tular sebuah klip yang menunjukkan detik-detik Perdana Menteri itu membantu saudara baru bernama Andrew Vinals memeluk agama Islam.

 

Ketika itu, Perdana Menteri baru saja hendak keluar dari dewan solat apabila diumumkan ada seorang lelaki yang berhasrat memeluk agama Islam.

Pihak masjid menyeru Anwar untuk menyempurnakan pengislaman lelaki itu di dalam ruangan masjid.

Selepas Andrew menyempurnakan lafaz kalimah syahadahnya, seluruh jemaah masjid melaungkan takbir ‘Allahuakbar’ bagi menyambut kehadiran saudara baru.

Anwar turut menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York

Sebelum ini BERNAMA melaporkan Perdana Menteri adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah.

Masjid tersebut merupakan masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 serta turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Difahamkan, beliau adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang juga merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

Dalam khutbahnya, Anwar berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Khutbahnya dilaporkan telah didengari oleh 800 orang jemaah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kewarganegaraan.

“Kami sentiasa cuba menggalakkan persefahaman, toleransi dan keperluan untuk memahami budaya dan agama orang lain. Ia penting bagi kami untuk hidup rukun damai dan harmoni,” katanya.

Pada masa yang sama, perdana menteri berkata umat Islam perlu mengukuhkan perpaduan sesama mereka, serta memperoleh maklumat dan pengetahuan.

Anwar turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan konsep “Malaysia MADANI” yang diperkenalkannya di Malaysia serta ancaman Islamofobia di seluruh dunia.

Imam pusat itu, Saad Jalloh berkata hari ini merupakan detik bersejarah bagi pusat itu, menerima kehadiran Anwar dan rombongannya, kerana menurutnya Anwar merupakan pemimpin pertama melawat masjid berkenaan.

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: Bernama via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma