Siakap Keli
awie sebak adik amir
Gambar: Astro Ceria, Tangkap Layar TikTok

Dato Awie Tak Tahan Sebak Lihat Adik Amir ‘Tarik’ Lagu Sesungguhnya

Dato Awie Tak Tahan Sebak Lihat Adik Amir ‘Tarik’ Lagu Sesungguhnya

Vokalis rock legenda tanah air, Datuk Awie tidak dapat menahan sebak sewaktu salah seorang peserta rancangan nyanyian kanak-kanak The Chosen One, Adik Amir mendendangkan lagu berjudul Sesungguhnya (Raihan & Alif Satar).

Keunikan suara peserta cilik itu memukau para juri dan penonton sewaktu persembahan tersebut berlangsung.

Terus Keluar Sapu Tangan Datuk Awie Dengar Adik Amir Tarik Lagu Tiara

Bukan itu sahaja, Adik Amir, turut diminta sekali lagi oleh para juri untuk menyanyikan chorus lagu Tiara (Kris Malaysia).

Dalam rancangan yang disiarkan di Astro Ceria itu, legenda rock tersebut sempat menggunakan sapu tangannya sewaktu mendengar kemerduan suara Adik Amir.

Lebih mengejutkan kesemua juri iaitu, Datuk Awie, Jihan Muse dan Datuk AC Mizal berdiri dan memberikan tepukan penghormatan selepas tamat nyanyian.

“Taktau nak cakaplah.. Dia ada sesuatu yang unik budak ni, dia ada sesuatu yang cara dia deliver lagu tadi pun tersentuh hati,” komen legenda rock itu.

Sementara itu Datuk AC Mizal turut menyifatkan peserta The Chosen One terbabit mempunyai potensi yang luar biasa.

He has something.. dia ada sesuatu,” katanya.

Gambar: Astro Ceria

Sebelum itu, Adik Amir membuat persembahan tersebut bersama jurulatihnya, Putera Muhammad dengan lagu, Sesungguhnya (Raihan & Alif Satar).

“Dia ada satu karakter tu kan, karakter tu lah yang membeli jiwa kita ni lagi-lagi mak-mak ni sebab tersentuh,” kata Jihan Muse.

BACA JUGA: Nyanyian Runtun Hati Ramai, Putri Ariani Raih “Golden Buzzer” Di AGT

Selain itu, Datuk Awie berkata dia sangat tersentuh dengan nyanyian peserta cilik berkenaan.

“Saya tersentuh. Nyanyian dia bagus. Kalau tadi lagu sedih, yang ini boleh mengalirkan air mata saya. Tahniah Amir,”  vokalis kumpulan Wings itu.

Bila Uncle Tengok Sahaja Uncle Teringat Seorang Sahaja, Mawi – AC Mizal.

Sementara itu, pengacara popular Datuk AC Mizal juga tidak ketinggalan untuk menghamburkan pujian ke atas kanak-kanak berkenaan.

Malah bekas anggota kumpulan pop rap Malaysia yang terkenal pada era awal 90an, 4U2C tersebut turut menyifatkan suara Adik Amir membawa memorinya akan fenomena ‘Mawi World’ satu ketika dahulu.

“Amir, tahniah dari segi nyanyian tidak bermasalah. Uncle tengok Amir ni uncle teringat seorang sahaja yang pernah menggegar dunia Malaysia, Mawi,” komen bekas pengacara Maharaja Lawak Mega itu.

Terdahulu, dalam Rancangan The Chosen One minggu pertama menyaksikan tiada penyingkiran antara semua peserta. The Chosen One bersiaran pada setiap hari Rabu pada jam 9 malam di saluran Astro Ceria.

@lizamd77

#tiara #lagukenangan #kehilangan

♬ original sound – 🅘🅙🅐 – 🅘🅙🅐

Sumber: Astro Ceria, TikTok lizamd77

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?