Siakap Keli
khairul fahmi goreng ayam
Kredit: My Sabah/Facebook

Gelagat Khairul Fahmi Goreng Ayam Bikin Ramai Keliru, Dah Tukar Bidang Ke?

Gelagat Khairul Fahmi Goreng Ayam Bikin Ramai Keliru, Dah Tukar Bidang Ke?

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar memaparkan bekas penjaga gol kebangsaan sedang memasak di bawah khemah seakan-akan berniaga di gerai sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak.

Dalam gambar tersebut, Khairul Fahmi Che Mat yang juga merupakan penjaga gol Sabah FC dilihat persis seperti peniaga selepas dia mengenakan apron sambil menggoreng ayam.

Kredit: My Sabah/Facebook
Kredit: My Sabah/Facebook

Perkara itu membuatkan peminat mempercayai bekas penjaga gol kebangsaan itu memiliki sebuah gerai makanan di Sabah.

Rata-rata warga maya mula membuat spekulasi dan ada juga di antara mereka yang mendoakan perniagaannya berjalan dengan lancar.

Menurut netizen, tidak salah untuk berniaga kerana pekerjaan tersebut adalah dibenarkan di sisi Islam dan juga sumber pendapatan yang halal.

Sesetengah mereka turut mengatakan Khairul Fahmi atau panggilan mesranya Apek melakukan pekerjaan tersebut untuk mendekati peminat pada waktu lapangnya selain menjaga gawang gol.

BACA: Penjaga Gol Lawan Tak ‘Nampak’ Apa, Asap Suar ‘Warnai’ Gol Cantik Ronaldo

Hanya bantu rakan

Bagaimanapun, difahamkan Apek dipercayai bertindak sedemikian hanya untuk membantu perniagaan rakannya.

Menerusi My Sabah di Facebook, ia menjelaskan Apek hanya bertindak sebagai pembantu di gerai rakannya yang merupakan pemilik Ndang’s Kitchen yang terletak di Bayu Night Market, Kota Kinabalu, Sabah.

Kredit: My Sabah/Facebook

Sementara itu, Laeizo R.O.B FC turut mengajak orang ramai memeriahkan Bayu Night Market susulan Apek merupakan salah seorang tukang masak di salah sebuah gerai.

Laman Facebook tersebut juga menyifatkan hidangan yang dimasak oleh Apek memenuhi cita rasa pelanggan.

“Jangan lupa singgah Bayu Night Market @jesselton point KK ada si Khairul Fahmi masak. Sedap wei,” memetik kapsyen yang ditulis.

Rentetan itu, ramai yang memberi sokongan kepada Apek dan mengharapkan kedai rakannya mendapat sokongan daripada pembeli.

“Terbaik Khairul,” komen salah seorang warga maya.

Support guys, jangan lupa,” ujar netizen.

Sumber: Laeizo R.O.B FC/Facebook, My Sabah/Facebook

BACA: ‘Pemergiannya’ Titip Rasa Untuk Berhijrah, Penjaga Anjing K9 ‘Blake’ Peluk Islam

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana