Siakap Keli
sukan asia hangzhou
Gambar: Hector Retamal/AFP

Kenali Tuan Rumah Sukan Asia, Hangzhou, Bandar Yang Terkenal Dengan Pembuatan Sutera

Kenali Tuan Rumah Sukan Asia, Hangzhou, Bandar Yang Terkenal Dengan Pembuatan Sutera

Baru-baru ini, satu kejohanan sukan terbesar di peringkat Asia, iaitu Sukan Asia yang diadakan empat tahun sekali telah membuka tirai pada Sabtu (23 September) sehingga 8 Oktober depan.

Pada tahun ini, temasya Sukan Asia 2022 telah memilih Hangzhou sebagai tuan rumah sekali gus menandakan kali ketiga sukan tersebut dilakukan di China selepas edisi Sukan Asia Beijing pada 1990 dan Guangzhou pada 2010.

Untuk pengetahuan, sebanyak 40 buah negara di Asia mengambil bahagian dalam sukan tersebut termasuklah para atlet dari negara kita.

Disebabkan ini adalah kali pertama Sukan Asia dilakukan di wilayah tersebut, artikel kali ini akan berkongsi mengenai sejarah Hangzhou yang ramai tidak tahu.

BACA: Tak Puas Hati Keputusan Seri Dengan Malaysia, Penyokong China Minta “Refund” Duit Tiket

Hangzhou: Rumah sutera

Setiap wilayah di negara mempunyai keunikannya yang tersendiri, sama seperti Hangzhou yang memegang keistimewaannya sebagai ‘Rumah Sutera’.

Bandar pelabuhan Hangzhou itu telah menjadi hab strategik di sepanjang Jalan Sutera sejak zaman purba.

Kredit: National Geographic

Kalau nak tahu, bandar itu merupakan salah satu daripada tujuh ibu kota purba China dengan fabrik sutera ditemui di rantau tersebut sejak 4,700 tahun lalu, ketika zaman budaya Neolitik Liangzhu (3400-2250 SM).

Sejak beribu-ribu tahun dahulu, perdagangan asing Hangzhou melibatkan sutera, teh, porselin serta komoditi lain telah bermula dan juga lokasinya yang berada di Laut China Timur, menjadikan ia sebagai pusat perdagangan semula jadi.

 Selain itu, dalam tempoh tiga kerajaan (220-280 M) daerah itu menjadi salah satu pelabuhan terbesar di China. Pertukaran budaya, seni dan agama yang hebat tercetus di Hangzhou selepas ketibaan orang dari kawasan lain.

Kredit: National Geographic

Pertukaran itu boleh dilihat di Huili pada 328 M, di mana seorang sami Buddha dari Benua Kecil India telah menubuhkan Kuil Lingyin di Hangzhou, dan pada lewat 330 M, Kuil Fajing juga ditubuhkan.

Salah satu daripada empat masjid besar di China, Masjid Phoenix turut berada di Hangzhou, di mana struktur bangunan utama banyak dipengaruhi oleh seni bina tradisional Cina dan pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri tradisional Islam.

Masjid Phoenix membuktikan berlakunya pertukaran antara budaya Cina dan Arab, selepas seorang pendeta Arab di China membaiki tempat suci itu.

Pusat perdagangan terbesar China

Gambar: Hector Retamal/AFP

Hangzhou menjadi pusat pengedaran untuk pelbagai jenis barang, dengan pedagang dari Fujian dan Guangdong mengimport barangan eksotik ke bandar termasuk rempah ratus dari Asia Tenggara.

Semasa Dinasti Song Selatan, perdagangan luar negara telah mencapai kemuncak di mana teknologi pengeluaran serikultur dan sutera di Hangzhou mencapai kemajuan besar dengan produk kain kepar, brokat, satin, sutera potong, benang dan kapas turut dikeluarkan di bandar.

Bukan itu sahaja, porselin dan teh juga dieksport dari Hangzhou di sepanjang Jalan Sutera maritim. Perdagangan juga tidak terhenti di situ, di mana perkembangan kraf porselin tradisional yang memiliki tahap pertukangan yang sangat tinggi menjadi barangan arus perdana yang paling penting.

Pengembara dan penulis, Marco Polo pernah menyifatkan bandar itu sebagai:

“Ia bandar yang terhormat dan terbaik di dunia…Bilangan dan kekayaan pedagang serta jumlah barang yang diberikan kepada daerah itu adalah sangat besar nilainya”

Tidak dinafikan lagi, Hangzhou sememangnya salah satu daripada beberapa bandar contoh terbaik yang bertindak sebagai ‘hab’ di sepanjang Jalan Sutera.

Sumber: Unesco

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana