Siakap Keli
bunuh isteri bercakap tidur
Gambar: Gemini Ai

Suami Bunuh Isteri Bercakap Dalam Tidur, Disangka Curang

Suami Bunuh Isteri Bercakap Dalam Tidur, Disangka Curang

Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas dibunuh suami sendiri, dalam kejadian yang berlaku Jumaat lepas di Minahasa Selatan, Sulawesi Utara di Indonesia.

Menurut Detik.com, kejadian menyayat hati itu berlaku ketika mangsa sedang nyenyak tidur sekitar pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Minahasa Selatan, AKBP Feri R. Sitorus berkata kejadian itu berlaku dipercayai bermula daripada salah faham suspek, berusia 26 tahun, yang mendengar isterinya mengigau dan bercakap di dalam tidur.

Suamo bunuh isteri mengigau, bercakap ketika tidur kerana disangka curang

“Suspek mendengar isteri bercakap ‘nda usah keluar pi kerja di bosel’ (Jangan keluar pergi kerja di Bosel),” kata Feri.

Jelasnya, suspek yang mendengar kata-kata itu menjadi emosi kerana mengesyaki isterinya berlaku curang. Suspek kemudian bergegas mengambil pisau di dapur dan kembali ke dalam bilik kemudian menikam mata kiri isterinya.

Menurut Detik.com, tikaman itu membuatkan mangsa tersedar daripada tidur dan cuba melarikan diri daripada suaminya.

“Belum sempat isterinya keluar rumah, suspek segera menetak mangsa mengunakan sebilah parang di belakang kepala berulang kali,” jelas Feri lagi.

Suspek mengesyaki isterinya curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain

Selepas membunuh isteri sendiri, suspek selepas itu bergegas menuju ke rumah mentuanya, yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka.

“Suspek kemudian terus menceroboh masuk ke bilik mentuanya dan mendapati mereka sedang tidur. Tanpa bertangguh, suspek terus menyerang kedua-dua mentuanya menggunakan parang hingga menyebabkan mereka terjaga,” tambah Feri.

Kemudian, berlaku pergelutan antara bapa mentuanya dengan suspek dan mangsa berjaya merampas parang yang dipegang lelaki tersebut.

Namun itu tidak menghentikan tindakan suspek yang terus menyerang ibu mentuanya dengan menggunakan tangan kosong pula.

Polis yang menerima laporan tentang insiden berkenaan segera bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek pada hari yang sama.

Suspek seterusnya mengakui bertindak sedemikian kerana mengesyaki isterinya berlaku curang.

“Saat disoal siasat,  suspek mengaku jenayah itu dilakukan kerana rasa cemburu dan curiga isterinya menjalin hubungan intim dengan lelaki lain,” ujar Feri.

Lelaki itu kini disiasat di bawah kesalahan membunuh dan berdepan hukuman penjara seumur hidup atau minima 20 tahun.

BACA: Dicatat Dalam Naskhah Kartografi Lama, Pengkaji Temui Kewujudan “Railway Turntable” Di Pulau Pinang

BACA: Lelaki Dipercayai Bunuh & Kerat Badan Isteri, Bawa Potongan Daging Keliling Rumah Jiran

Sumber: Detik.com

Athirah

When nothing goes right, go left.