Video Papar Keadaan Dalam Helikopter Bawa Presiden Iran Sebelum Terhempas Tular
Satu klip video memaparkan Presiden Iran Ebrahim Raisi, Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian dan pegawai lain sebelum nahas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di wilayah Azerbaijan Timur Iran tular di media sosal.
Memetik portal Money Contral, video tersebut memaparkan keadaan dalam helikopter dan dipercayai momen-momen terakhir pemimpin itu.
Dalam klip berdurasi 10 saat itu, menunjukkan Raisi sedang melihat ke luar tingkap pesawat, selain pegawai lain yang duduk bertentangan dengannya termasuk Hossein.
Difahamkan, nahas terbabit berlaku semalam sewaktu mereka pulang dari majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan, lapor media kerajaan.
Selain mereka berdua yang berada di atas kapal itu ialah tiga anak kapal, gabenor wilayah Azerbaijan Timur, seorang imam, ketua keselamatan Raisi dan seorang pengawal peribadi, menurut media kendalian IRGC Sepah.
Sementara itu, berita tersebut turut menarik perhatian Perdana Menteri India, Narendra Modi yang menzahirkan kesedihan atas kematian Presiden Iran
Tambahnya, negara itu akan berdiri bersama Iran di waktu yang sukar ini.
“Saya sangat sedih dan terkejut dengan berita kematian Dr. Seyed Ebrahim Raisi, Presiden Republik Islam Iran. Sumbangan beliau dalam mengukuhkan hubungan dua hala India-Iran akan sentiasa diingati.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh rakyat Iran.Kami (India) akan berdiri bersama Iran dalam waktu yang sukar ini,: katanya di platform X.
BACA: Kenapa Bendera Malaysia Dicat Terbalik Tapi Perkataan “Malaysia” Tidak Pada Pesawat?
Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di kawasan pergunungan di barat laut Iran, lapor Astro Awani.
Menurut laporan dari agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.
Sumber melaporkan bahawa seorang pegawai kerajaan Iran menyatakan helikopter yang hilang itu telah ditemui dalam keadaan terbakar sepenuhnya.
Ketua Bulan Sabit Merah Iran berkata, helikopter yang membawa Presiden Raisi telah ditemui, tetapi keadaannya tidak baik.
“Helikopter itu telah ditemui,” kata ketua Bulan Sabit Merah, Pirhossein Koolivand, sambil menambah keadaannya tidak baik.
Sumber: Money Control