Siakap Keli
the office reboot
Kredit: The Independent

Khabar Angin Bertebaran, Sitkom Komedi Popular, The Office Mungkin Ada Versi Reboot

Khabar Angin Bertebaran, Sitkom Komedi Popular, The Office Mungkin Ada Versi Reboot

Siri komedi popular, ‘The Office‘ dijangka bakal mendapat edisi ‘reboot‘ tidak lama lagi.

Sitkom bertemakan kehidupan di pejabat buat pertama kali ditayangkan pada 2001 di United Kingdom. Kemudian, siri berkenaan mendapat adaptasi untuk pasaran Amerika Syarikat pada 2005 dan menjadi popular di seluruh dunia.

Kini, siri berkenaan dikhabarkan akan diterbitkan secara reboot setelah terdapat khabar angin perjanjian antara WGA dengan beberapa studio utama Hollywood.

Matthew Belloni dari Puck News melaporkan, pencipta siri The Office, Greg Daniels kini sedang berkerja keras untuk menghasilkan ‘reboot’ bagi siri ini.

Dalam pada itu, Daniels sebelum ini telah memberikan bayangan berkenaan kemunculan semula rancangan ini dalam satu temu bual bersama Collider pada Februari 2022.

“[The Office] merupakan satu pengalaman yang menakjubkan dan luar biasa. Anda sudah semestinya tidak mahu kembali ke masa silam dan mungkin mengecewakan peminat.

”Maksud saya, ia perlu berkembang, seperti Mandalorian menjadi perkembangan kepada penceritaan Star Wars,” katanya.

Bintang ‘OG’ The Office berbesar hati untuk membintangi siri ‘reboot

BACA: Makanan Tradisi Orang Banjar, Cara Buat Ikan Wadik, Mandai Cempedak & Jeruk Maman

Setakat ini, tiada sebarang berita mengenai siapa yang akan dipilih membawa watak-watak dalam siri reboot sitkom tersebut.

Sungguhpun begitu, kebanyakan pelakon lama dalam siri ini menyatakan keinginan untuk kembali beraksi dalam siri reboot berkenaan. Antaranya termasuklah John Krasinski (Jim), Jenna Fischer (Pam), Angela Kinsey (Angela), Leslie David Baker (Stanley), dan Creed Bratton (Creed).

The Office merupakan segala-galanya bagi saya. Saya maksudkan, ini permulaan dan pengakhiran saya. Saya akan pastikan bahawa pada penghujung karier saya, saya tetap dikenali sebagai Jim.

“Inilah pengalaman pertama saya bersama Hollywood. Inilah keluarga industri kreatif  pertama yang saya pernah miliki.

“Dalam pelbagai cara, mereka akan sentiasa menjadi orang-orang teristimewa dalam detik-detik terpenting karier saya. Maka, jika mereka membuat ‘reunion‘, saya sangat suka untuk melakukannya,” kata Krasinski sebelum ini.

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: Esquire

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma