Siakap Keli
Pemandu Dapat Keluar Parkir Rapat Kereta
Kredit: TikTok

‘Kacang’ Je, Pemandu ‘Selamba’ Belanja “Skill” Keluar Parkir Sempit Nampak Macam Mustahil

‘Kacang’ Je, Pemandu ‘Selamba’ Belanja “Skill” Keluar Parkir Sempit Nampak Macam Mustahil

Pengguna media sosial terpukau dan terpesona dengan kemahiran pemanduan seorang lelaki selepas satu video menjadi tular baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, pemandu tersebut dengan tenang berjaya membawa keluar kenderaannya daripada ruang kotak parkir yang dilihat mustahil pada mata kasar.

Menurut portal UNILAD, video berkenaan dipercayai diambil di sebatang jalan di kota New York, Amerika Syarikat.

Ketika itu, kenderaannya diapit dua buah kenderaan lain di bahagian depan dan belakang dengan sangat rapat. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat ruang yang ada pada bahagian depan dan belakang keretanya sangatlah minimum.

Bayangkan jika anda berada pada situasi tersebut dan tergesa-gesa, sudah tentu ia ibarat satu malapetaka, kan? Namun tidak bagi lelaki ini, semuanya nampak seperti tiada apa-apa dan langsung tiada tanda-tanda panik.

Tak panik, pemandu belanja skill keluar parkir sempit dengan tenang

@sarah_conner1

most skilled driver in NYC getting out of tight parking space #nyc #skilled #skills #skilleddriver #drivers #parallelparking #tightparking #spaces #driving #cars #suv #ttviral #mostwatched #amazingvideo #gotskills #fyp

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

 

Sebaik sahaja dia tiba di keretanya, dia dapat melihat dengan jelas betapa rapat jarak keretanya dengan kereta putih dan hitam.

Namun, lelaki tersebut tidak melatah sebaliknya hanya ketawa, sebelum memasuki kenderaan tersebut dan bersedia untuk beredar.

Sudah pastinya, penonton video akan merasa berdebar-debar apakah tindakan yang akan diambil oleh pemandu berkenaan, kan?

Pemandu berkenaan dirakam sangat berhati-hati ketika mengawal kenderaannya. Dia bergerak ke hadapan dan mengundur dengan perlahan-lahan sambil memulas stereng kenderaan.

Selepas beberapa minit, strategi pemandu tersebut nyata berjaya dan dia berjaya membawa keluar kenderaan tersebut.

Walaupun ruang yang ada sangat sempit, namun berdasarkan video berkenaan tidak kelihatan tanda-tanda kereta tersebut bergesel dengan kereta lain.

Percubaannya turut disaksikan oleh sekumpulan orang ramai

Kemahiran pemanduan luar biasa lelaki itu juga menarik perhatian orang awam yang berada di kawasan itu. Mereka kelihatan berdiri dan memberi tumpuan ketika melihat usaha lelaki berkenaan.

Walaupun tidak dapat dilihat menerusi video tersebut, namun pastinya orang awam yang berada di situ sudah tentu merasa terpegun melihat perkara tersebut.

Apabila video berkenaan dimuat naik di media sosial, warga maya juga turut mengagumi kemahiran pemanduan lelaki berkenaan.

”Kemahiran hidup yang tidak diajar di mana-mana sekolah,” kata salah seorang pengguna Youtube.

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: Unilad

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma