Siakap Keli
Jalan sabah agong
Gambar: Sinar Harian

“Agong Dah Balik, Jalan Rosak Balik”, Tular Keadaan Terkini Beberapa Jalan Didakwa Di Sabah

“Agong Dah Balik, Jalan Rosak Balik”, Tular Keadaan Terkini Beberapa Jalan Didakwa Di Sabah

Tular sebahagian jalan raya di Sabah kembali rosak, kira-kira tingga minggu selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah menelusuri jalan itu dalam Kembara Kenali Borneo berakhir.

Memetik Sinar Harian, pengguna jalan raya mendakwa sebahagian laluan itu kembali rosak kerana dipercayai menggunakan bahan yang tidak berkualiti sewaktu penyelenggaraan.

Jalan sabah agong
Gambar: Sinar Harian

Dalam pada itu, keadaan jalan tersebut turut dikongsikan oleh warganet di platform TikTok. Menerusi perkongsian tersebut mendakwa, laluan berkenaan pernah di lalui oleh Yang di-Pertuan Agong.

‘Agong dah balik. Jalan Sabah roboh balik’, petik sebuah portal yang berkongsikan gambar itu dengan keterangan berkenaan.

Bahan Kurang Berkualiti

Menerusi muat naik beberapa gambar akaun Calvin CK di Facebook memaparkan bahan yang digunakan untuk penyelenggaraan jalan yang didakwa kurang berkualiti.

Gambar: Sinar Harian

Gambar berkenaan didakwa di ambil di Jalan Gum-Gum Batu 16. Menerusi gambar berkenaan, dapat dilihat permukaan jalan yang pecah.

Perkara itu sekaligus menyukarkan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut.

Gambar: Sinar Harian

BACA JUGA: Siap Menari, Permaisuri Agong “Sporting” Layan Gelagat Wanita Melatah 

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, jalan raya di kawasan itu perlu dibaiki dan diselenggara dengan segera. Hal ini kerana ia menjadi laluan utama ke Sandakan.

Tambahnya, isu berkenaan pernah disuarakan sebelum ini. Bahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pernah turut padang melihat keadaan jalan itu.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya memaklumkan perkara itu telah diambil maklum oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sebenarnya, jalan tersebut sebelum ini telah melalui kerja pelebaran, namun dilakukan oleh pihak ketiga.

“Bukan disebabkan guna bahan tidak berkualiti, tetapi kemungkinan kualiti kerja yang rendah semasa buat kerja pelebaran itu dilakukan,” ujarnya sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, pihak JKR daerah sepatutnya telah memeriksa dan memantau kerja yang telah dilakukan sebelum itu dengan lebih teliti.

“Kerja yang rosak tersebut bukan dibuat oleh kontraktor kerja penyelenggaraan (konsesi) tetapi oleh kontraktor lain yang telah dilantik.

“Jadi perkara tersebut telah diambil maklum oleh pihak JKR dan JKR telah mengarahkan pihak konsesi jalan untuk melakukan kerja pembaikan pada tahun ini juga,” katanya.

Permaisuri Sendiri Tulis Aduan Jalan Rosak

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan teruk di Sabah ketika lawatannya di negeri itu sempena Kembara Kenali Borneo.

Menerusi satu video tular di media sosial, Tunku Azizah dilihat sedang menulis sesuatu ketika berada di dalam kenderaannya.

Tambahan lagi, Baginda Permaisuri sempat bertanya kepada penduduk-penduduk tempatan berkenaan keadaan jalan yang tidak memuaskan itu.

“Jap, jap… Tengah tulis… Jalan teruk…Jalan sini teruk ya?” kata Baginda sewaktu dikerumuni rakyat negeri itu.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?