Siakap Keli
sebab kucing jantan kunyit
Gambar: Maine Coon Central

Ini Sebab Mengapa Kucing Jantan Macam Nak Mengawan Sesama Jantina

Ini Sebab Mengapa Kucing Jantan Macam Nak Mengawan Sesama Jantina

Kucing antara haiwan peliharaan yang paling diminati ramai orang selain anjing. Perwatakan dan tingkah lakunya yang lucu membuatkan  ramai orang tertarik dengan si bulus ini.

Lebih-lebih lagi, kucing juga boleh menjadi sangat manja dengan pemilik melalui perbuatan seperti sentiasa berada di sekitar anda.

Pun begitu, seperti yang diketahui setiap hidupan ini di atas bumi ini perlu membiak demi kemandirian spesies masing-masing begitu juga dengan kucing.

Setiap spesies terbahagi kepada dua jantina iaitu jantan dan betina. Proses pembiakan bagi haiwan kebiasaannya dipanggil sebagai mengawan antara jantan dan betina.

Pun begitu, kadangkala kita melihat situasi di luar normalisasi kucing misalnya terdapat kucing jantan “memanjat”  kucing yang berjantina sama.

Tentunya perkara ini menimbulkan persoalan khususnya buat para penggemar kucing di luar sana.

Adakah kucing mempunyai minat terhadap sesama jantina atau terdapat maksud lain?

Sehubungan itu, hari ini SK berkongsi ‘misteri’ disebalik tingkah laku pelik si bulus ini di bawah. Mungkin kucing anda juga pernah berkelakuan sedemikian. Jom ketahui sebabnya!

Ini Sebab Mengapa Kucing Jantan Macam Nak Mengawan Sesama Jantina

Dari sudut biologi, kucing jantan tidak boleh mengawan dengan kucing jantan yang lain. Hal ini kerana kucing jantan tidak mempunyai organ yang diperlukan sebagai medium persenyawaan.

Jadi mengapa kadangkala kucing jantan berkelakuan seperti mengawan dengan sesama jenis?

Menurut Maincecoon Central, kebiasaanya perbuatan ini merupakan satu bentuk atau tingkah laku yang menunjukkan penguasaan (dominasi) dan bukannya mengawan.

Melalui kelakuan ini, ia mampu menyerlahkan daya tarikannya (dominan) kepada kucing jantan lain dengan meniru gaya mengawan.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Menurut Class Act Cats dalam satu kajian yang dilakukan oleh Akihiro Yamane mengenai kucing liar pada 2006, mendedahkan terdapat beberapa kemungkinan mengapa kucing jantan bertindak sedemikian.

Yamane bersama seorang lagi penyelidik berpendapat bahawa tingkah laku seperti homoseksual itu berkemungkinan berkaitan dengan penguasaan kawasan.

Tambahnya, tingkah laku itu juga berpotensi sebagai mengurangkan pertemuan antara persaingan seksual dan berada dalam keadaan “in heat”.

Sementara itu, merujuk Paws.org, apabila kucing jantan melakukan penguasaan (domination), ia akan mengeraskan telinga dan memutarkannya ke sisi (lebih garang).

Hal ini berlaku serentak dengan tindakan berdiri tegak, merenung tajam dan menaikkan pangkal ekor sambil menundukkan hujungnya.

Selain itu, ciri-ciri penguasaan lain adalah menyingai dan ‘mengiau’ garang (macam biasa kita dengar), selain akan memancutkan kencingnya dan menggesel.

Jika berlaku pergaduhan, kucing jantan yang lebih dominan akan menggigit leher kucing jantan lain, manakala ‘si mangsa’ itu yang tidak mampu melawan akan berguling untuk menggaru perut kucing dominan tadi dengan kaki belakangnya.

Sekarang baru anda tahu kenapa kucing jantan anda berkelakuan pelik sewaktu berada di rumah.

Sumber: Maine Coon Central, Class Act Cats, Paws.org

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?