Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
tikam suami 3 kali
Kredit Facebook/ Pattana Thepkamol

Wanita Nekad Tikam Suami 3 Kali, Naik Angin Suami Minta Izin Nak Ada Perempuan Simpanan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Wanita Nekad Tikam Suami 3 Kali, Naik Angin Suami Minta Izin Nak Ada Perempuan Simpanan

Seorang lelaki di Thailand nyaris maut akibat ditikam oleh isterinya selepas dia meminta izin untuk menjadikan kedi golf sebagai perempuan simpanannya, lapor The Thaiger.

Lelaki itu telah ditikam oleh isterinya sebanyak tiga kali dalam kejadian di wilayah Chon Buri, Thailand.

Pegawai dari Balai Polis Don Hua Lor telah digegaskan ke bilik sewa mangsa di daerah Chon Buri bagi menyelamatkan pemain golf berusia 36 tahun itu.

Mangsa dilaporkan ditikam sebanyak tiga kali iaitu satu di lengan, belakang badan dan perutnya.

Hasil soal siasat polis terhadap mangsa, suspek penyerang dipercayai adalah isterinya sendiri yang sedang naik angin.

Mangsa mendedahkan bahawa isterinya berang selepas dia meminta untuk menjadikan kedi golfnya sebagai perempuan simpanannya.

Isterinya yang tidak berpuas hati kemudiannya terus menikam mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, mangsa menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya dan menegaskan bahawa dia sudah memaafkannya.

Pasukan penyalamat dari Pasukan Penyelamat Trai Kunna Dham yang tiba ke tempat kejadian telah memberikan pertolongan cemas.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Chon Buri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum ini, satu lagi kes yang melibatkan kejadian cemburu terhadap kedi golf pernah dilaporkan berlaku pada Jun lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan telah menembak seorang pemain golf lelaki dan kekasihnya yang bekerja sebagai kedi di padang golf tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di padang golf di wilayah tengah Kanchanaburi.

Motif di sebalik serangan ngeri itu adalah cemburu, kerana penyerang percaya pemain golf itu terlibat dalam hubungan sulit bersama kekasihnya.

Walaupun kedi itu terselamat daripada serangan itu, pemain golf itu bagaimanapun terkorban ketika sedang menerima rawatan perubatan.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Pada bulan yang sama, seorang lagi kedi golf dilaporkan telah diserang oleh seorang lelaki ketika dia menunggang motosikal ke tempat kerja di wilayah Chon Buri.

Penyerang telah bertindak membaling petrol ke arahnya dan melanggar motosikalnya sehingga jatuh ke dalam hutan di tepi jalan.

Mangsa menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang konflik atau musuh dengan rakan sekerja, rakan mahupun pelanggannya.

Sumber: The Thaiger