Siakap Keli

Penyanyi Jelita Dari Malaysia, Muncul Juara Rancangan Realiti TV Popular Di China

Penyanyi Jelita Dari Malaysia, Muncul Juara Rancangan Realiti TV Popular Di China

Penyanyi jelita asal Malaysia, Jeryl Lee Pei Ling, 23, berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul sebagai juara rancangan realiti televisyen popular, The Next 2023 di China.

Kemenangan itu diraih beliau menerusi pertandingan akhir yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh penyanyi itu sendiri dalam satu hantara penuh emosi menerusi Instagramnya (@jerylleex), dua haru lepas.

“Helo semua, saya Lee Pei Ling dari Malaysia dan saya juga merupakan juara keseluruhan bagi rancangan The Next 2023. Hari ini, saya terasa seakan sedang bermimpi. Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua semua pihak,”

Jeryl telah debut sebagai seorang penyanyi pada tujuh tahun yang lalu

Mula menyanyi sejak 15 tahun lepas, beliau memulakan debut sebagai seorang penyanyi sejak tujuh tahun yang lalu.

Dalam hantarannya, wanita itu berkata beliau menempuhi pelbagai kesukaran dan pahit getir untuk terus kekal bergelar penyanyi sehingga ke saat ini.

“Setiap kali rasa ingin berputus asa, saya akan memberitahu diri, ‘Bertahanlah dan cuba lebih kuat. Semua ini akan berakhir juga nanti’.

“Jadi kali ini, saya boleh katakan ‘Saya sudah melakukannya!’ dengan penuh yakin,” katanya.

Pada masa yang sama, Jeryl turut berkongsi bahawa The Next 2023 merupakan rancangan realiti terbaik yang pernah disertainya.

Penyanyi asal Pulau Pinang itu turut berterima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam The Next 2023 atas suntikan semangat dan budi baik mereka sepanjang terlibat dalam rancangan tersebut.

“Saya telah menemui keyakinan dan rasa cinta untuk menyanyi semula,” katanya lagi.

Justeru, kemenangan yang dikecapi menyebabkan dirinya tidak dapat mengungkapkan rasa gembira dan terima kasihnya kepada semua pihak.

Pada akhir kenyataannya, beliau menyeru orang ramai untuk terus berusaha dan berani mencuba sesuatu pekara.

“Saya ingin katakan sesuatu kepada anda, Lakukan apa yang ingin anda lakukan, jadi berani untuk mencuba perkara baharu.

“Jangan takut dan mengalah dengan begitu cepat. Saya boleh lakukannya, anda pun sama!”.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jeryl 李佩玲 (@jerylleex)

BACA: Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Sumber: @jerylleex via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma