Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Kawasan Catat Indeks Pencemaran Udara Tidak Sihat Setakat 10 Pagi

Tujuh Kawasan Catat Indeks Pencemaran Udara Tidak Sihat Setakat 10 Pagi
Kredit: Bernama

Tujuh Kawasan Catat Indeks Pencemaran Udara Tidak Sihat Setakat 10 Pagi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) –– Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 157.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cheras di ibu negara mencatatkan IPU 155.

Di Selangor, kawasan paling tinggi IPU ialah Banting pada 125, diikuti Petaling Jaya (117) dan Shah Alam (116).

Kawasan lain dengan IPU melebihi 100 ialah Seremban (149) dan Port Dickson (101) di Negeri Sembilan.

Sebanyak 58 lagi kawasan pula berada dalam paras sederhana dengan bacaan 51-100 manakala kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

BACA: Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Sumber: Bernama