Siakap Keli
Jadi Wira Ketika Pandemik, Dr Hisham Kembali Bertugas Selepas Bersara DG
Kredit: X/ DGHisham

Jadi Wira Sepanjang Pandemik, Dr Hisham Kembali Bertugas Di Hospital Putrajaya

Jadi Wira Sepanjang Pandemik, Dr Hisham Kembali Bertugas Di Hospital Putrajaya

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mantan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (DG) dilaporkan kembali bertugas selepas bersara.

Beliau yang merupakan wira negara sepanjang pandemik bersara pada 21 April lepas. Berita persaraan beliau ketika itu turut ditangisi rakyat Malaysia yang rata-rata terhutang budi dengan jasa beliau sepanjang tempoh tersebut.

Ketika itu, beliau bersara wajib setelah berkhidmat selama lebih tiga dekad dalam bidang kesihatan di Malaysia.

Menurut Astro Awani, Dr. Noor Hisham telah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sejak 2013.

Setelah beberapa bulan bersara, wira pandemik negara kembali menyarungkan baju skrubnya

BACA: Buntu Nak Agak, Formula Cara Kira Anggaran Jumlah Tetamu Hadir Ke Kenduri Kahwin Nanti

Namun begitu, beliau telah mendedahkan satu berita yang mengejutkan menerusi laman X-nya (@DGHisham) semalam.

“Pada pagi ini saya kembali bertugas di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya. Institut Endokrin ini meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil.

“Unit rawatan rapi ICU (dewasa 10 katil, pediatrik 8 katil) dan Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi) serta 4 Dewan Bedah telahpun mula beroperasi pada minggu lepas.”

“Saya akan mula sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap hari Selasa.”

Dalam ciapan tersebut, beliau telah memuat naik gambarnya mengenakan pakaian skrub berwarna biru tua dan memakai pelitup muka.

Dr. Noor Hisham juga mengambil gambar bersama beberapa kelengkapan perubatan dan staf-staf di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham menyatakan harapannya terhadap Insititut Endokrin yang baru dibuka pada tahun lepas.

“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa. InshaAllah,”

Penubuhan Institut Endokrin Hospital Putrajaya difahamkan berdasarkan keperluan dan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan rawatan di Unit Endokrin Hospital Putrajaya dan juga di seluruh negara.

Untuk rekod, Dr. Noor Hisham pernah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN). Penamaan berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis pandemik.

Beliau dianggap ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat negara ini kerana usahanya memberikan maklumat terkini mengenai pandemik dengan berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.

BACA: Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Sumber: @DGHisham via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.