Siakap Keli
cara kira anggaran tetamu majlis kahwin
Kredit: Bernama

Buntu Nak Agak, Formula Cara Kira Anggaran Jumlah Tetamu Hadir Ke Kenduri Kahwin Nanti

Buntu Nak Agak, Formula Cara Kira Anggaran Jumlah Tetamu Hadir Ke Kenduri Kahwin Nanti

Antara kebuntuan yang terpaksa dilalui semua bakal pengantin tentunya untuk membuat anggaran berapa ramai tetamu yang bakal ke majlis persandingan mereka nanti.

Lagi-lagi bagi keluarga yang buat pertama kali hendak mengadakan kenduri kahwin. Tanpa pengalaman lampau, tidak banyak data dan pengalaman yang ada untuk membuat jangkaan.

Anggaran jumlah tetamu ini penting, khususnya jika keluarga menggunakan khidmat katering untuk menyediakan makanan kepada tetamu.

Jika tersalah anggaran, berkemungkinan besar berlaku pembaziran kerana hidangan yang disajikan melebihi jumlah anggaran.

Paling ingin dielakkan tentunya makanan yang ditempah tidak cukup untuk menjamu tetamu-tetamu yang hadir nanti.

Situasi tersebut boleh dianggap sangat memalukan buat tuan rumah yang inginkan mengadakan majlis secara sempurna.

Jangan risau, Kingdom Event Space telah mengajar tip untuk membuat anggran jumlah tetamu yang hadir ke majlis kahwin dengan mudah.

Menurut Kingdom Event Space, anda boleh membuat jangkaan tetamu yang hadir berpandukan formula dibawah.

(Jumlah kad jemputan yang diedarkan X Angka kemungkinan tetamu membawa pasangan dan anak) – 20/100 Kemungkinan tetamu membawa yang tidak dapat hadir) = Jumlah tetamu yang hadir

Sebagai contoh, bagi contoh undangan perkahwinan yang melibatkan 1000 pax.

(400 kad undangan X 3) – 20/100 = 960 tetamu.

cara mudah kira anggaran tetamu hadir majlis kahwin
Kredit: TikTok/ Kingdom Space Event
Menerusi formula ini juga, tuan rumah juga membuat anggaran berapa jumlah kad jemputan perkahwinan yang perlu dicetak.

Sungguhpun begitu, keluarga pengantin diingatkan bahawa formula ini hanya digunakan untuk penggiraan jumlah kad kahwin yang diedarkan secara fizikal.

Perkara ini belum termasuk jemputan secara lisan oleh ibu bapa, adik beradik atau saudara mara dan jemputan secara atas talian sama ada menerusi kumpulan Whatsapp atau hebahan pada media sosial seperti Facebook dan Instagram.

ara mudah kira anggaran tetamu hadir majlis kahwin
Kredit: TikTok/ Kingdom Space Event

Bagi jemputan atas talian, anda boleh menggunakan Google Form untuk mengenalpasti tetamu yang hadir ke majlis anda secara terus.

Manakala bagi jempuatan secara lisan pula, pastikan ahli keluarga yang membuat jemputan tersebut memaklumkan perkara tersebut kepada pihak yang membuat anggaran jumlah tetamu.

BACA: Kajian Dapati Pemenang Pingat Gangsa Lebih ‘Gembira’ Dari Pemenang Pingat Perak, Ini Alasannya

Semoga bermanfaat.

Sumber: kingdomspaceevent_ via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma