Siakap Keli
TikTok Shop Indonesia seller
Kredit TikTok/@orinagista13

Sedih Bisnes Terpaksa Ditutup, “Seller” TikTok Shop Indonesia Dirakam Menangis & Ucap Terima Kasih

Sedih Bisnes Terpaksa Ditutup, “Seller” TikTok Shop Indonesia Dirakam Menangis & Ucap Terima Kasih

Sebuah video yang memaparkan detik-detik peniaga menangis sebelum penamatan operasi TikTok Shop di Indonesia tular di media sosial.

Muat naik video itu telah dilakukan oleh pengguna TikTok yang bernama @orinagista13 pada semalam.

Menerusi video itu, pengguna tersebut telah mengumpulkan reaksi beberapa peniaga yang berniaga secara siaran langsung di akaun TikTok masing-masing.

Peniaga-peniaga itu ada yang mengucapkan terima kasih kerana sudah menjadi pelanggan mereka sepanjang jualan dilakukan di atas talian tersebut.

Tidak terkecuali ada juga beberapa peniaga yang mengalirkan air mata kerana sudah tidak dapat menjalankan perniagaan atas talian mereka.

Kredit TikTok
Kredit TikTok

TikTok Shop Indonesia secara rasminya telah menghentikan penjualan peniaga itu pada jam 6 petang semalam.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bersetuju dengan tindakan memberhentikan operasi itu dan ada yang membantah.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Bagus jugak Indonesia buat macam ni. Kesian dekat orang buka kedai tapi tak ada orang pergi. Diorang dah la kena bayar sewa utility semua,” tulis seorang netizen yang bersetuju operasi itu dihentikan.

“Meskipon ramai yang nangis, aku tak sedih dengan diorang. Malah bagus TikTok di tutup, meskipun barang dalam TikTok murah,” tulis seorang netizen lagi.

“Kesian tengok dia orang, moga terus murah rezeki mereka Aamiin,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan peniaga-peniaga tersebut.

@orinagista13

Terimakasih tiktok shop 😭😭🫶🏻 #tiktokshopditutup #tiktokshopeehaul #tiktokditutup #beritatiktokterbaru #tiktokshopdihapus #pyppp #tiktokditutup #beritatiktokviral

♬ suara asli – Nae✨ – Nae✨

TikTok Shop Di Indonesia Dihentikan Mulai Hari Ini

Aplikasi video pendek, TikTok bakal menghentikan platform perniagaannya, TikTok Shop di Indonesia bermula hari ini, lapor TribunNews.

ByteDance China yang merupakan pemilik syarikat TikTok dalam satu kenyataan berkata, langkah itu diambil bagi menyelaraskan rancangan masa depannya dengan kerajaan negara itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Perkara itu berikutan larangan baharu perdagangan yang dikuatkuasakan terhadap media sosial berkenaan.

“Keutamaan kami adalah untuk terus mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Oleh itu, kami tidak menjalankan transaksi e-dagang di TikTok Shop Indonesia,” kata syarikat itu.

Sumber: TikTok/@orinagista13

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka