Siakap Keli
pakcik roti canai
Kredit: Kongsi Viral/Facebook

Sifat Jujur Pakcik Buang Roti Canai Terkena Air Hujan Atap Bocor Raih Pujian Warga Maya

Sifat Jujur Pakcik Buang Roti Canai Terkena Air Hujan Atap Bocor Raih Pujian Warga Maya

Golongan yang berniaga ini kebanyakan mempunyai hati yang lebih kental dari yang lain kerana telah menghadapi pasang surut yang tidak konsisten dalam kehidupan.

Pada asasnya, ramai yang memikirkan niaga ini tidak susah, hanya pula pacak khemah di tepi jalan atau buka gerai di mana-mana kawasan, pembeli mesti akan datang.

Walaupun pada luaran ia nampak agak mudah namun tiada siapa yang mengetahui keperitan yang dialami sendiri oleh peniaga untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar pada setiap hari.

Berniaga ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak, kerana pendapatan bulanan tidak tetap berbanding bekerja di sesebuah syarikat. Ada hari untung lebih banyak daripada modal dan ada hari juga hanya cukup-cukup makan sahaja.

Apabila tiba hari yang tidak bernasib baik, ia akan mempengaruhi pendapatan harian. Sebagai contoh, bahan masakan menjadi basi, cuaca tidak menentu dan sebagainya.

Peniaga buang doh terkena air hujan atap bocor

Misalnya seperti seorang peniaga roti canai yang terpaksa membuang doh kerana terkena air hujan akibat atap bocor.

Menerusi video yang dikongsi oleh Kongsi Viral di Facebook, ia memaparkan kawasan tersebut mengalami hujan berterusan dan keadaan itu dilihat tidak berpihak kepada peniaga berkenaan.

Kredit: Kongsi Viral/Facebook

Doh roti canai yang terletak elok di atas meja tersebut terpaksa dibuang kerana terkena air hujan yang keluar daripada atap yang bocor.

Peniaga lelaki tersebut mengutip doh berkenaan dan segera membuangnya ke dalam tong sampah, walaupun terpaksa menanggung rugi yang besar.

Kredit: Kongsi Viral/Facebook

Meskipun durasi video tersebut pendek, namun warga maya dapat merasai perasaan yang dialami oleh peniaga itu.

Sebahagian diri sudah tentunya menerima ketentuan takdir bahawa hari tersebut sememangnya bukan harinya, dan sebahagian lagi mesti sedang berfikir dengan ligat cara untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar pada hari berkenaan.

BACA: Berada Di Kedudukan Pertama, Roti Canai Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Terletak di medan selera Kedah

Menjengah di ruangan komen, difahamkan peniaga tersebut berniaga roti canai di medan selera Taman Desa Bidara Kuala Ketil yang terletak di Kedah.

Rata-rata orang ramai kagum dengan tindakan pakcik tersebut kerana berlaku jujur dalam perniagaan dengan memastikan makanan yang dijual adalah bersih daripada segala kotoran.

Mereka turut mendoakan supaya pakcik tersebut diberikan rezeki yang luas dan meminta supaya dia bersabar menghadapi pahit gentir berniaga.

“Jujur meniaga lebih mulia, air hujan dari atap tu kotor (ada) najis burung dan sebagainya,” puji Mohd Amirul.

“Memang baik peniaga ni. Barang rosak terus buang, tiada rasa sayang nak buang. Bab air hujan jangan buat main,” seloroh Epozer Lulu.

“Kesiannya, nampak air muka terkilan tu. Tapi puji pakcik ni, bagus juga dia jaga kualiti makanan. Bersih, sanggup rugi. Semoga Allah gantikan berlipat kali ganda, Amin,” komen Nrl Hwa Znl.

Sumber: Kongsi Viral/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana