Siakap Keli
pelajar penyakit misteri
Kredit: @LetItShine69/X

Kaki Lumpuh, Lebih 90 Pelajar Diserang Penyakit Misteri

Kaki Lumpuh, Lebih 90 Pelajar Diserang Penyakit Misteri

Sekurang-kurangnya 95 pelajar perempuan di barat Kenya telah dimasukkan ke hospital dipercayai mengalami penyakit misteri yang menyebabkan kelumpuhan pada kaki.

Lapor Agensi Anadolu, Kementerian Pendidikan membuat keputusan untuk menutup sekolah yang terjejas berkenaan buat sementara waktu.

Keputusan untuk menutup sekolah itu dibuat dalam mesyuarat antara pentadbir sekolah dan pegawai Kementerian Pendidikan.

Pegawai pendidikan daerah Bonface Okoth memberitahu pemberita pada Rabu bahawa 95 pelajar telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan perubatan.

Menurut pegawai, 95 pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan Eregi St. Theresa yang terletak 374 kilometer (km) barat laut Nairobi dimasukkan ke hospital akibat penyakit misteri yang melanda institusi itu.

Remaja yang menghidapi penyakit tersebut berdepan kesukaran untuk berjalan, lumpuh pada kaki selain sawan.

Dalam satu kenyataan dari sekolah, ia menyatakan bahawa beratus-ratus pelajar yang terjejas akan dibenarkan kembali ke sekolah setelah keadaan dinilai dengan teliti bersama-sama langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan.

Meskipun sifat sebenar penyakit misteri itu masih belum didedakan, namun pegawai kesihatan berkata sampel darah daripada pelajar berkenaan dihantar ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan Kenya (KEMRI) untuk menentukan jenis dan asal penyakit itu.

Dalam pada itu, pegawai tersebut turut mengatakan sampel tersebut diambil untuk membangunkan protokol rawatan yang sesuai berkenaan dengan penyakit itu.

Daerah itu menggesa ibu bapa dan penjaga pelajar yang terjejas untuk terus berwaspada dan memantau kesihatan anak-anak mereka dengan teliti, ketika pegawai kesihatan berusaha untuk mengenal pasti punca dan mewujudkan langkah-langkah pembendungan.

Penyakit X dijangka lebih mudah tersebar, ancam nyawa seperti ebola

Sementara itu, di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada pada Jumaat telah menjelaskan berkenaan ”Penyakit X’ yang mungkin akan menjadi ancaman wabak terbaru.

Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018 lalu yang merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui.

Istilah penyakit X digunakan bagi menggalakkan peralihan tumpuan penyelidikan dari strain virus tunggal ke arah pengkelasan virus yang lebih menyeluruh.

Sumber: Agensi Anadolu

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana