Siakap Keli
pm parti baharu
Gambar: Bernama

PM Tidak Perakui Mana-Mana Pihak Tubuh Parti Baharu – Pejabat Perdana Menteri

PM Tidak Perakui Mana-Mana Pihak Tubuh Parti Baharu – Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Pejabat Perdana Menteri menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Menerusi kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahguna nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?