Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Belanjawan 2024: Kadar Cukai Perkhidmatan Akan Dinaikkan Kepada 8%
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 sebentar tadi menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan.
Kadar Cukai Perkhidmatan itu diumumkan akan dinaikkan kepada 8% ketimbang 6%.
Bagaimanapun, peningkatan ini tidak termasuk dalam perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.
Menurutnya lagi, kerajaan juga akan menguatkuasakan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai.
“Pengecualian cukai keuntungan modal pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti IPO, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka syarikat ditetapkan,” kata Anwar dalam pembentangan tersebut.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Sumber: Astro Awani