Siakap Keli
pemandu rentung kereta
Gambar: JBPM via Sinar Harian

Kereta Jatuh Ke Dalam Cerun & Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung

Kereta Jatuh Ke Dalam Cerun & Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung

Dalam satu kejadian di Kilometer 290.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Kajang semalam, seorang lelaki dilaporkan rentung selepas kenderaan yang dipandunya jatuh ke dalam cerun sebelum terbakar, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd Nasir Drahman, pada jam 2.40 petang, kereta jenis Mitsubishi Lancer dipandu mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Honda RS150.

Hasil siasatan mendapati, kenderaan itu telah terbabas melanggar pembahagi kiri lebuh raya lalu terjatuh ke dalam cerun bukit sebelum terbakar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di dalam kenderaan yang dipandu.

“Sementara penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan dibawa mendapat rawatan di Hospital Serdang,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Kata Mohd Nasir, proses bedah siasat akan dijalankan oleh Bahagian Forensik Hospital Serdang esok. Manakala waris kepada mangsa maut juga telah berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan tragedi berkenaan.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan pihak polis berhubung kemalangan maut itu.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” maklumnya.

BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor M Somasureshan di talian 016-4915193 atau menghubungi balai polis yang berdekatan di daerah Kajang bagi membantu siasatan.

Empat Lelaki Rentung Kereta Terbakar

Pada 7 Ogos lalu, empat lelaki rentung selepas sebuah kereta Proton Saga terbakar dalam satu kemalangan di di KM220 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan, lapor Bernama.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon, pada jam 5.11 petang, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian sebuah kenderaan didapati terbakar dengan lima mangsa, empat mangsa rentung dan seorang selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?