Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Bawa Bekalan Perubatan Untuk Gaza Tiba Di Mesir – WHO

Nur Syahirah Zainoor Hisham
who bekalan perubatan gaza
Kredit: Bernama

Pesawat Bawa Bekalan Perubatan Untuk Gaza Tiba Di Mesir – WHO

GENEVA, 14 Okt (Bernama-AA) — Pesawat membawa bekalan perubatan untuk penduduk Semenanjung Gaza mendarat di Mesir, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu.

“Sebuah pesawat dengan bekalan perubatan untuk menyokong keperluan kesihatan di Gaza mendarat di Al Arish, Mesir, dekat sempadan Rafah.

“Kami sedia untuk menghantar bekalan sebaik sahaja akses kemanusiaan di sempadan dibuka,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat WHO di wilayah Palestin yang diduduki berkata bekalan yang tiba di Al Arish itu dapat memenuhi keperluan lebih 300,000 penduduk.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata bilangan rakyat Palestin yang terbunuh sejak serangan udara Israel di pada 7 Okt lalu, meningkat kepada 2,215 orang.

BACA: Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Sumber: Bernama