Siakap Keli
TMJ stadium jdt
Kredit BERNAMA

TMJ Tawar Guna Stadium JDT Untuk Aksi Final Pestabola Merdeka

TMJ Tawar Guna Stadium JDT Untuk Aksi Final Pestabola Merdeka

Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada hari ini menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri sebagai stadium untuk aksi perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada Selasa depan, lapor Sinar Harian.

Menurut TMJ, bagaimanapun keputusan itu terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menerimanya atau tidak.

Namun apa yang pasti, SSI bersedia untuk digunakan bagi aksi final yang melibatkan Malaysia menentang Tajikistan pada Selasa ini.

“FAM kalau nak pakai SSI cakap, saya siapkan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Keadaan padang Stadium Bukit Jalil menerima kritikan hebat daripada peminat bola sepak

Semalam, padang Stadium Nasional Bukit Jalil menerima kritikan hebat selepas rumput jenis Zeon Zoysia tercabut di beberapa bahagian padang.

Kejadian itu berlaku semasa perlawanan mendebarkan antara Harimau Malaya menentang India.

Ia sekali gus menggangu permainan kedua-dua pasukan dan tampak belum bersedia serta memerlukan masa sebelum boleh digunakan dalam perlawanan.

Pada Khamis lalu, Tunku Ismail berkenan untuk menyempurnakan perasmian padang baharu Stadium Nasional tersebut sebelum perlawanan antara Malaysia dan India berlangsung.

Pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata bahawa beliau telah memberikan pandangan berkenaan penggunaan padang tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Menurut TMJ, beliau memberitahu bahawa padang itu memerlukan lebih masa sebelum ia boleh digunakan.

“Semasa majlis penyerahan padang, saya cakap kepada semua yang padang ini perlu lebih masa kerana akar belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.

“This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja,” katanya.

BACA: Nekad Mahu Ubah Kehidupan, Lelaki Ini Gigih Lakukan Pelbagai Kerja Sambil Sambung Belajar Di Peringkat ‘Master’

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka