Siakap Keli
Gambar: Pengguna FB

Tular Keadaan Di Sogo Midvalley Southkey JB, Pengunjung Diarah Keluar Kosongkan Bangunan

Tular Keadaan Di Sogo Midvalley Southkey JB, Pengunjung Diarah Keluar Kosongkan Bangunan

The Mall, Mid Valley Southkey sebentar tadi memuat naik satu kenyataan di laman Facebook berkenaan situasi di SOGO Midvalley Southkey JB yang menjadi tular sejak petang tadi.

Menurut hantaran tersebut, pihak pengurusan Mid Valley Southkey dan St. Giles Hotel Southkey mengesahkan mereka menerima satu laporan berkenaan ancaman keselamatan melalui panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Perkara berkenaan kemudian segera dilaporkan kepada pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM).

”Kami dapat mengesahkan bahawa siasatan oleh pihak berkuasa sedang berjalan dan kami memberikan kerjasama sepenuhnya.

”Kami juga diarahkan oleh pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan yang terlibat sebagai langkah-langkah keselamatan. Bantuan oleh pihak pengurusan membolehkan kerja-kerja pengosongan tersebut berjalan lancar.

”Keselamatan tetamu-tetamu, pengunjung-pengunjung, penyewa-penyewa, para pekerja kami serta komuniti adala keutamaan kami,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular rakaman video dan foto yang menunjukkan orang ramai dipercayai pengunjung kelihatan memenuhi kawasan luar di sekitar pasaraya tersebut.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: FB The Mall, Mid Valley Southkey

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma