Siakap Keli
kereta terbakar pemandu maut
Gambar: JBPM Perak

Kereta Terbakar Dalam Kemalangan, Pemandu Maut

Kereta Terbakar Dalam Kemalangan, Pemandu Maut

IPOH, 15 Okt (Bernama) — Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar sebuah tembok batu dalam kemalangan di Plaza Tol Lekir, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.25 malam dan setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar.

“Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang rentung dan tidak dikenali telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dari arah Changkat Cermin menghala ke Teluk Intan itu dipercayai hilang kawalan di tempat kejadian lalu terbabas dan merempuh tembok batu plaza tol berkenaan.

BACA JUGA: Kereta Jatuh Ke Dalam Cerun & Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung

Mayat yang rentung dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?