Siakap Keli
Gambar: AFP & Fabrizio Romano

Proses Bidaan Temui Jalan Buntu, Sheikh Jassim Tak Jadi Beli Man United

Proses Bidaan Temui Jalan Buntu, Sheikh Jassim Tak Jadi Beli Man United

Pengerusi Qatar Islamic Bank (QIB), Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dilaporkan telah menarik bidaannya untuk membeli Manchester United, lapor satu sumber rapat kepada AFP semalam.

Sebelum ini, United mengumumkan bahawa pihaknya sedang meneroka ‘alternatif strategik untuk meningkatkan pertumbuhan kelab’, termasuk menjual keseluruhan saham United.

Antara nama yang dicanang untuk mengambil alih kelab itu adalah Sheikh Jassim dan bilionair British, Jim Ratcliffe selepas beberapa pusingan bidaan pada awal tahun ini.

Walau bagaimanapun, proses itu dipercayai tertangguh beberapa bulan kebelakangan ini berikutan kemarahan penyokong terhadap pemilik semasa, keluarga Glazer.

Dalam bidaan tersebut, Sheikh Jassim menawarkan diri untuk membeli sepenuhnya United dan berjanji untuk menjelaskan hutang kelab.

Selain itu, anak bekas perdana menteri Qatar itu juga menjanjikan £1.5 bilion (RM8.6 bilion) untuk membiayai pembangunan stadium baharu, pusat latihan dan pelaburan dalam pasaran perpindahan pemain.

Sheikh Jassim beli united
Gambar: Fabrizio Romano

Perbincangan lanjut pada minggu ini juga gagal menemui persefahaman walaupun bidaan dipercayai dinaikkan sekitar £5 bilion (RM28.6 bilion).

Sementara itu, dalam laporan Daily Mail, Ratcliffe dilapor bersedia utuk mendapatkan 25 peratus kepentingan saham United dengan nilai sekitar £1.5 bilion (RM8.6 bilion).

BACA JUGA: Peminat Setia Man United, Kenali Sheikh Jassim

Difahamkan, pengasas gergasi petrokimia Ineos itu ialah peminat United sejak dari kecil dan sudah mempunyai portfolio pelaburan sukan.

Gambar: AFP

Sementara itu, keluarga Glazer telah menjadi pemilik kelab gergasi Inggeris itu sejak pengambilalihan pada 2005 dengan harga £790 juta (RM4.5 bilion) sehingga membawa kepada hutang yang besar kepada kelab.

Pada Mac lalu, The Red Devils dilaporkan mempunyai hutang sehingga £970 juta (RM5.5 bilion).

Kali terakhir United memenangi Liga Perdana adalah di bawah bimbingan bekas pengurus lagenda United, sir Alex Ferguson pada 2013. Manakala trofi Liga Juara-Juara (UCL) pada 2008.

Kelab itu kini menduduki tempat ke-10 dalam Liga Perdana dan telah tewas ketika dua perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab.

BACA JUGA: Proses Jualan Berlarutan, Ratcliffe Masih Berminat Beli Man United

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?