Siakap Keli
naomi campbell rizman ruzaini
Gambar: Instagram Rizmanruzaini

“Mimpi Jadi Kenyataan,” Naomi Campbell Peraga Busana Rekaan Rizman Ruzaini 

“Mimpi Jadi Kenyataan,” Naomi Campbell Peraga Busana Rekaan Rizman Ruzaini 

Sehingga kini, pelbagai busana pakaian dihasilkan dengan variasi reka bentuk, corak, dan warna yang menarik. Lazimnya, pelancaran rekaan fesyen ini digayakan oleh model atau duta busana tersebut.

Langkah ini secara tidak langsung dapat mempromosikan jenama atau produk yang baru sahaja dilancarkan oleh seseorang pereka fesyen.

Baru-baru ini, dalam Minggu Fesyen Dubai, rekaan busana Rizman Ruzaini dari Malaysia telah digayakan oleh seorang supermodel terkenal, Naomi Campbell.

Lebih manis lagi, pengasasnya Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil juga membuat penampilan sulung dalam persembahan acara fesyen tersebut.  Ia adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan buat jenama tempatan.

Dalam video yang dimuat naik oleh @rizmanruzainiofficial, memaparkan kedua-dua pengasas itu berjalan di atas pentas yang diringi oleh model terbabit.

Gambar: Instagram Rizmanruzaini

Dalam klip tersebut juga memaparkan rekaan terbaharu itu dipenuhi dengan manik-manik yang berkerlipan.

Menurut Lifestyle Asia, penampilan Naomi Campbell  telah membawa nama produk terkemuka Malaysia itu semakin dikenali ramai di persada dunia.

Difahamkan, busana Musim Bunga/Musim Panas 2024 itu menggunakan kilauan manik dengan disulam secara halus yang menjadi signature produk dari Malaysia itu.

BACA JUGA: GV10: Tok Ram Jelaskan Pemarkahan Sesi Duet, Tolak Lima Markah Jika Nyanyi Lagu Asal Artis Jemputan

Tambahan lagi, rekaan tersebut telah diilhamkan oleh cerita lagenda rakyat, Naga Seri Gumum iaitu seekor naga yang tinggal jauh di bawah Tasik Chini di Negeri Pahang.

Campbell, 53, yang juga pengasas kepada Fashion For Relief itu dilihat memperagakan gaun berwarna hitam yang dihiasi kristal dan dipadankan bersama dengan jaket bolero.

Untuk makluman, Minggu Fesyen Dubai pertama kali diperkenalkan pada awal tahun ini (Februari) hasil kerjasama Majlis Fesyen Arab dan Reka Bentuk Daerah Dubai.

Majlis Fesyen global tradisional dijangka diadakan kembali bermula pada September di New York, diikuti London, Milan dan Paris.

https://www.instagram.com/p/CybxnyKSLqa/

Sumber: Lifestyle Asia, TikTok @rizmanruzainiofficial (1) (2)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.