Siakap Keli
harga telur ayam warga asing
Kredit: Bernama

Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan ‘Maha Kaya’ Tidak Nikmati Subsidi

Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan ‘Maha Kaya’ Tidak Nikmati Subsidi

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Langkah kerajaan membuat pengapungan harga ayam dan telur di pasaran antara lain bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan maha kaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini memandangkan sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur.

Langkah itu turut membolehkan 3.5 juta warga asing menikmati subsidi berkenaan, selain 10 peratus golongan ‘maha kaya’ dalam negara.

“Melihat keadaan harga pasaran sekarang, bila harga itu kurang daripada harga siling seperti sekarang dan harga ayam dan telur di Thailand lebih rendah daripada Malaysia, maka tiba masanya kita apungkan.

“Kalau benar ada kekurangan kita akan cambahkan daripada stok, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai 30 peratus stok ayam dan telur dan saya telah beritahu menteri untuk membeli dari Thailand andai kata ada keperluan,” kata beliau pada sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Kenali Konvensyen Geneva, Undang-undang Setiap Pihak Berperang Kena Patuh

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma