Buat Sendiri, Akak Ni Kongsi Cara Nak D.I.Y Bidai “Roller Blind” Pakai Tikar Straw
Memandangkan cuaca tengah panas terik, rata-rata penduduk Malaysia akan sentiasa mencari perlindungan daripada terkena sinaran matahari.
Ada orang yang menggunakan langsir tebal ‘blackout‘, yang mana dapat menyerap cahaya dan bunyi daripada luar luar rumah.
Dengan menggunakan langsir ini, cahaya matahari yang memasuki rungan dalaman rumah semakin berkurangan, sekali gus merendahkan suhu dalam rumah.
Namun, ada masanya kita pun mahu melepak di kawasan luar rumah ketika cahaya matahari sedang terik, lagi-lagi ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
https://www.facebook.com/1128367992/videos/pcb.543420863484031/10224648590898706
Akan tetapi, cahaya matahari yang terlalu terik tentu menjadikan kita berasa tidak selesa.
Oleh itu, segelintir pengguna meletakkan roller blind atau bidai pada bahagian luar kediaman. Selain dapat mengurangkan kadar keamatan cahaya matahari, pengguna juga boleh duduk di bawah teduhannya yang lebih redup.
Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pemasangan bidai ini memakan kos yang agak tinggi. Jawapannya tidak, kerana anda sebenarnya boleh memiliki bidai sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tertentu.
Kongsi pengalaman buat bidai ‘roller blind’ secara DIY dengan menggunakan tikar straw
Seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya menghasilkan bidai secara DIY (do-it-yourself) dalam satu kumpulan Facebook, Deco Apa Dengan Shopee.
Pengguna Facebook, Ana Rahman berkata bahawa dia telah menonton video Youtube berkenaan penghasilan bidai secara DIY di laman Youtube.
Selepas menonton video tersebut, Ana telah mengajak suaminya untuk pergi ke kedai untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bidai.
https://www.facebook.com/1128367992/videos/pcb.543420863484031/10224648593898781
“Terjadilah roller blind guna tikar straw ini yang digunakan untuk berlindung dari cahaya matahari dan melindungi diri masa duduk dekat luar kalau tak pakai tudung,”
Antara bahan yang diperlukan adalah seperti, tikar straw, cable tie, tali, kayu berbentuk empat segi yang dipotong mengikut lebar tikar dan kayu mop.
Jika anda tidak memiliki atau menjumpai batang mop, anda boleh menggantikannya dengan batang paip PVC.
Pada masa yang sama, Ana telah memberikan satu pautan video Youtube yang menunjukkan cara-cara untuk membuat bidai di rumah menerusi ruangan komen.
Pada akhir perkongsiaannya, Ana memberitahu bahawa tikar straw yang digunakan untuk membuat bidai ini tidak boleh terkena air hujan.
Hal ini adalah untuk memastikan bidai dapat bertahan dan dapat digunakan dalam jangka masa yang agak lama.
BACA: Walau Sederhana, Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Disambut Meriah
Sumber: Ana Rahman via Facebook (Deko Apa Dengan Shopee)