Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pra Pelancaran Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023
KUALA LUMPUR – Hari ini telah berlangsung Majlis Pra Pelancaran Hari Profesion Teknikal Negara 2023 (HPTN 2023) yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya.
HPTN merupakan sambutan tahunan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinan Malaysia (CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta badan profesional di bawah KKR iaitu Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
Sambutan HPTN ini adalah simbolik penghargaan kepada jasa warga teknikal atas sumbangan mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan landskap pembangunan dan permodenan negara.
Sejajar dengan usaha kerajaan untuk membangunkan Malaysia MADANI, HPTN turut menjadi platform untuk memupuk minat generasi muda menceburi profesion teknikal sebagai pilihan kerjaya. Pelbagai aktiviti menarik, pameran ilmiah dan peluang kerjaya turut didedahkan kepada semua peringkat umur sepanjang program ini berlangsung.
IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, 50582 KUALA LUMPUR, MALAYSIA. T : 03-2610 8888 F : 03-2968 8187 E : [email protected] FB : JKR.MALAYSIA TW : @JKRMALAYSIA 1
Sambutan kemuncak HPTN 2023 akan berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 4 Disember sehingga 5 Disember 2023 (Isnin-Selasa). YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bakal menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara yang dijadualkan pada 4 Disember 2023 (Isnin), bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan HPTN 2023, orang ramai boleh melayari dan mendaftarkan diri di laman sesawang rasmi iaitu https://hptn-my.com/. Pelbagai maklumat terperinci mengenai sambutan ini boleh didapati melalui laman web tersebut. Pelbagai pengisian menarik disediakan dan orang ramai adalah dijemput untuk menyertai Sambutan HPTN 2023.