Siakap Keli
lelaki jual kopi
Gambar: Siakap Keli

Diberhentikan Lepas 10 Tahun Kerja, Lelaki Nekad Jual Kopi Untuk Sara Hidup

Diberhentikan Lepas 10 Tahun Kerja, Lelaki Nekad Jual Kopi Untuk Sara Hidup

Menabur bakti dalam satu-satu bidang kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi tanggungjawab tersebut lahir dengan rasa penuh kecintaan setelah sekian lama bernaung di bawah satu payung.

Pun begitu, kehidupan ibarat “roda” yang sentiasa berputar. Ada kala berada di puncak, ada waktu berada di bawah.

Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh Muhamad Iqbal Halim Yatim, 33, apabila dia menerima notis pemberhentian kerja oleh syarikatnya pada bulan Jun lalu.

Sedar akan diri yang telah berumah tangga, Muhammad Iqbal atau lebih mesra disapa Bal terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kos sara hidup.

Jelasnya sewaktu ditemu bual SK dalam Segmen “Ini Kisah Aku”,  Iqbal berkata, berniaga merupakan jalan terbaik buat masa ini untuk ‘membina’ semula kehidupan meskipun pendapatan bulanan yang diraih tidak seperti sebelum ini.

‘Bal Kopi’ adalah perniagaan minuman yang berkonsepkan barista, kini menjadi mata pencarian buat dirinya dan isteri.

lelaki jual kopi

Permulaan Bal Kopi

Sebelum memulakan buku baru dalam dunia perniagaan kopi ini secara tetap, Iqbal telah berjinak-jinak dalam barista ini sejak tahun lalu namun sebagai pekerjaan sambilan.

BACA  JUGA: Buntu Nak Bayar Komitmen, Pasangan Tak Sangka Cendol Jadi Penyelamat

pemuda kopi expresso

“Permulaannya, saya mula membeli barangan berniaga sedikit demi sedikit sejak tahun lepas.

“Sebelum ini, saya tidak menggunakan mesin espresso. Saya hanya memfokuskan pada pembuatan manual. Disebabkan itu saya menggunakan mesin espresso kerana tak ambil masa yang lama,” katanya.

lelaki jual kopi

Bercakap mengenai cabaran, Iqbal berkata faktor cuaca seperti hujan lebat memberikan impak dari segi penjualannya.

Lebih-lebih lagi ketika ini negara dilanda jerebu yang kian merunsingkan.

Mengakui bukan mudah untuk menjalankan perniagaan kopi, Iqbal menjelaskan tidak semua orang boleh menerima kopi. Lebih-lebih lagi ia merupakan minuman berkafein tinggi.

Keunikan Bal Kopi

Uniknya, konsep yang dibawakan oleh Bal Kopi ini berilhamkan perniagaan dari kereta seperti kebanyakan peniaga kopi di Thailand.

Hanya dengan sebuah kereta, segala peralatan menjual minuman itu diletakkan pada bahagian bonet belakang. Menariknya. dia turut  menyediakan kerusi healing berserta meja kecil di bawah pohon yang redup.

lelaki jual kopi

Mengimbau kembali detik-detik mengetahui diri telah diberhentikan kerja, Iqbal meluahkan rasa terkilan lebih-lebih lagi ketika itu dia sedang sibuk melakukan perniagaan sambilan.

“Sewaktu dapat tahu notis itu, saya tengah berniaga pada waktu malam. Masa tu, ada seorang kawan saya hubungi saya suruh semak e-mel,” jelasnya.

BACA JUGA: Kahwin Sehelai Sepinggang, Pasangan Anggap Berkat Ibu Punca Kopi Laku

Selepas mengetahui perkara itu, Iqbal cuba mendaftar masuk ke web syarikatnya namun gagal mengaksesnya.

Tambahnya, dia dimaklumkan oleh pihak pengurusan untuk proses imbuhan berkenaan notis tersebut pada keesokannya.

Reda Dengan Ketentuan Allah SWT

Meskipun hobinya sebagai pengumpul kasut dan melancong terpaksa dikorban, Iqbal menganggap aturan ini mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Tapi selepas diberhentikan kerja, saya gembira kerana sewaktu bekerja dulu, saya tidak mempunyai waktu dengan keluarga, sekarang saya ada masa dengan keluarga.

“Tahun ni merupakan tahun ke-10 saya bekerja. Tapi sudah tertulis kesenangan Allah beri dekat situ,” ujarnya.

pemuda kopi expresso

Iqbal berhasrat, sekiranya memiliki keuntungan lebih, dia akan beralih kepada sebuah kedai kafe suatu hari nanti.

Korang yang nak cuba Bal Kopi ini boleh datang ke Pantai Permai, Puchong atau layari Instagram Bal Kopi.

Tonton temu bual penuh yang dirakamkan oleh Siakap Keli di bawah atau di sini.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.