Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Klang Kekal Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Klang di Selangor kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan bacaan 154.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
BACA: Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya
Sumber: Bernama