Siakap Keli
Siti Nurhaliza isu Palestin
Kredit Instagran/ Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Dakwa Perkongsiannya Berkenaan Isu Palestin Di Media Sosial Mula Disekat

Siti Nurhaliza Dakwa Perkongsiannya Berkenaan Isu Palestin Di Media Sosial Mula Disekat

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada hari ini mendedahkan bahawa beberapa perkongsiannya mengenai isu Palestin di Instagram sudah mula disekat, lapor Sinar Harian.

Siti yang sejak awal sudah menyatakan solidaritinya bersama Palestin sering berkongsikan perkembangan terbaru rakyat Palestin.

Perkongsian itu termasuk berkenaan tabung kutipan untuk rakyat Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa miliknya dan sekolah yang dibina menerusi yayasan itu yang dikenali sebagai Sekolah Afwa Al Afiyah.

Perkongsian berkenaan sekatan itu dibuat penyanyi tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya pada hari ini.

Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block. Tak mengapa, usaha diteruskan,” tulisnya di Instastory miliknya.

Kredit Instagram/ Siti Nurhaliza

Hantaran itu juga diikuti dengan pautan laman sesawang untuk orang ramai yang mahu menderma kepada tabung bantuan khas Palestin milik yayasannya.

Turut mengucapkan terima kasih kepada rakan selebriti yang menyumbang

Dalam hantaran yang berlainan, Siti juga dilihat sempat menyatakan rasa terharunya selepas beberapa rakan selebriti turut menyumbang menerusi Tabung Khas tersebut.

Antara rakan selebriti yang berbuat demikian adalah pasangan selebriti suami isteri, Aeril Zafril dan Wawa Zainal.

Selain selebriti tanah air, personaliti daripada Indonesia iaitu Shella Saukia turut memberikan sumbangannya menerusi Tabung Khas Palestin Yayasan Nurjiwa.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Ya ALLAH!!! Rasa nak menangis, ALLAH SWT kirimkan insan baik dan budiman. Kami bukan organisasi besar tapi usaha kami untuk terus membantu tak pernah padam.

“Terima kasih adik Wawa Zainal serta suami. Semoga terus menjadi inspirasi usahawan berjaya dunia akhirat,” katanya yang turut berkongsi nilai yang didermakan Wawa.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka