Siakap Keli
hukum harta orang bukan Islam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus Official/Youtube

UAI Jelaskan Hukum Curi Harta Orang Bukan Islam

UAI Jelaskan Hukum Curi Harta Orang Bukan Islam

Tidak boleh bagi seseorang muslim yang melakukan perbuatan mencuri walaupun mangsa tersebut adalah orang bukan Islam atau kafir.

Perkara itu dijelaskan oleh pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang mengatakan umat Islam tidak boleh mencuri barang orang kafir.

Beliau menjelaskan perkara tersebut selepas ditanya oleh salah seorang jemaah yang menghadiri ceramahnya.

Soalan tersebut bertanyakan tentang apakah hukum orang Islam yang mencuri barang orang kafir.

UAI dengan tegasnya menjawab, perkara tersebut tidak dibenarkan dan beliau mula menerangkan tentang golongan kafir menurut Islam.

Apakah hukum orang Islam curi barang orang kafir?

“Mana boleh. Orang kafir ini ada kafir harbi, ada kafir zimmi, kafir muahad,” katanya.

Dalam ceramah tersebut, beliau menjelaskan bahawa kafir zimmi adalah golongan yang umat Islam tidak boleh mencuri daripadanya.

Hal ini kerana golongan kafir tersebut tidak menganggu umat Islam malah menghormati agama kita walaupun menumpang hidup di negara yang dipenuhi dengan masyarakat muslim.

“Kafir zimmi, kafir yang duduk dalam negeri umat Islam dan mereka patuh pada perintah umat Islam.

“Mereka tidak menyerang umat Islam, tidak nak merampas kuasa dari umat Islam, tidak mengganggu umat Islam dan tidak menyuruh umat Islam melanggar syariah.

“Kafir yang diberi perjanjian ada juga, dia (orang kafir) tidak duduk lama. Tetapi dia duduk sini (kawasan umat Islam) setahun dan mengangkat perjanjian dengan kerajaan untuk duduk dengan baik.

“Itu kafir yang diberi keamanan, tidak boleh (mencuri),” jelasnya.

Bagaimanapun jelasnya, kafir harbi sebaliknya adalah golongan kafir yang mencederakan umat Islam.

“Kafir yang kata halal peperangan itu maksudnya kafir harbi.

“Yang masalah berlaku, (adalah) kafir harbi. Tidak berlaku peperangan tetapi kafir dia yang membunuh orang Islam,” ujarnya.

BACA: UAI Perjelas Hukum Bungkus Lauk Kenduri

Kafir Harbi wajib diperangi umat Islam

Dalam satu perkongsian yang lain, UAI menerangkan bahawa kafir harbi adalah kafir yang wajib diperangi.

Kafir harbi ialah mereka yang menjadikan umat Islam sebagai musuh utama dan hukumnya adalah wajib untuk diperangi.

Sekiranya berdiam diri dan tidak melawan kafir harbi, individu muslim akan menerima balasan di akhirat kelak, katanya.

“Kafir harbi, maksudnya kafir yang wajib kita lawan, kita perang. Kalau kita tidak perangi mereka kita berdosa di akhirat.

“Siapakah mereka? Kafir yang memusuhi umat Islam, kafir yang mengkhianati umat Islam, kafir yang mempersendakan agama Islam. 

“Kafir yang meringan-ringankan hukum Islam di dalam negara yang mereka duduk. Itu harbi, wajib perang,” katanya.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official/Youtube

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana