Siakap Keli
bantuan kemanusiaan rafah
Kredit Al Qahera News

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Pertama Mula Masuk Ke Gaza Menerusi Pintu Rafah

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Pertama Mula Masuk Ke Gaza Menerusi Pintu Rafah

Konvoi pertama trak bantuan kemanusiaan dilaporkan telah mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir di persimpangan Rafah, lapor Anadolu Agency.

Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan Bulan Sabit Merah yang berada di lokasi sempadan pada ketika ini.

Konvoi bantuan pertama ini, yang terdiri daripada sejumlah 20 trak kini dalam proses melalui pintu sempadan Rafah, kata Bulan Sabit Merah kepada Anadolu.

Sementara itu, seorang wartawan Anadolu melaporkan bahawa bantuan kemanusiaan itu sedang giat dipindahkan daripada trak Mesir ke trak negara Palestin.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Anadolu Agency

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka