Siakap Keli
makan mamak burung gagak
Kredit TikTok/@lilgoddanny

Lelaki Dirakam Tenang Makan Dekat Kedai Mamak Ditemani Burung Gagak, Siap Suap Lagi

Lelaki Dirakam Tenang Makan Dekat Kedai Mamak Ditemani Burung Gagak, Siap Suap Lagi

Burung gagak sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia, terutamanya di beberapa bandar besar di negara ini.

Akan tetapi, tidak semua rakyat Malaysia menyukai burung berwarna hitam pekat ini untuk berada di sekeliling mereka.

Namun begitu, berbeza dengan seorang lelaki ini yang dilihat seakan berkawan baik dengan seekor burung gagak.

Sebuah video yang memaparkan lelaki itu sedang makan di sebuah restoran mamak sambil menyuap seekor burung gagak tersebut telah tular di media sosial.

Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @lilgoddanny.

Berdasarkan muat naik perkongsian itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah restoran mamak yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.

Kredit TikTok

Lelaki di dalam video tersebut kelihatan tenang sedang menjamu selera sambil ditemani oleh seekor burung gagak yang bertenggek di atas bahunya.

Selain itu, lelaki tersebut juga dilihat menyuap makanan di mulut burung gagak tersebut.

Kredit TikTok

“Adik beradik Itachi ke bang semart woo,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.

Disamakan dengan watak animasi Jepun Itachi

Untuk makluman nama Itachi sangat popular dikalangan peminat siri manga dan animasi Naruto.

Watak Itachi di dalam siri itu merupakan seorang lelaki yang memiliki kebolehan yang luar biasa dengan burung gagak sebagai haiwan penemannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mereka berkenaan video muat naik tersebut.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Gagak ni burung yang bijak, kau buat baik dengan dia sampai bila-bila dia ingat. Kalau kau buat jahat siap la dia berdendam tak ingat dunia,” tulis seorang netizen.

“Next generation Itachi. Masih pemula, tu yang baru sekor. Esok-esok banyak la tu,” tulis seorang lagi yang menyamakan watak lelaki itu dengan watak animasi tersebut.

“Abang ni sebenarnya dia puak Uchiha datang dari Konoha singgah sebentar di mamak maju sebelum meneruskan misinya,” tulis seorang netizen yang bergurau.

@lilgoddanny

Adik beradik itachi ka bang semart woo #fypシ

♬ Itachi – Razuko

Sumber: TikTok/@lilgoddanny

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: