Lima Minit Je, Abang Ni Ajar Cara Mudah Nak ‘Cacing’ Tayar Motosikal Yang Bocor
Motosikal menjadi kenderaan pilihan utama rakyat Malaysia untuk bergerak ke mana-mana, selain kenderaan beroda empat yang lain.
Selain sesuai untuk perjalanan jarak dekas seperti ke kedai runcit, motosikal juga tiada masalah untuk dibawa dalam perjalanan jauh seperti pulang ke kampung.
Untuk memastikan motosikal dapat berfungsi dengan baik, semua kompenan ‘mesin’ tersebut perlu dijaga dengan baik.
Salah satu bahagian paling penting pada motosikal adalah bahagian rodanya kerana tanpa roda, motosikal tersebut tidak mungkin dapat bergerak.
Roda motosikal ini dipasang dengan tayar yang diperbuat daripada getah. Motosikal moden pada hari ini hanya dilengkapkan dengan tayar luar sahaja, tiada lagi tayar dalam seperti motosikal generasi terdahulu.
Namun begitu, kerana diperbuat daripada getah, tayar motosikal terdedah kepada kebocoran apabila melalui permukaan tidak rata atau tercocok benda tajam.
Cara cacing tayar motosikal yang bocor dengan mudah
Antara objek-objek tajam yang menjadi musuh utama tayar motosikal adalah seperti paku, dawai pagar, skru dan sebagainya.
Biasanya, pemilik kenderaan akan menghantar motosikal untuk dibaiki di bengkel-bengkel. Alasannya mudah, kerana bukan semua orang memiliki kemahiran untuk membaiki kenderaan, walaupun kerosokan kecil seperti tayar bocor.
Umumnya di bengkel, tayar yang bocor akan dibaiki dengan menggunakan teknik yang mesra disebut orang ramai sebagai ‘cacing’.
Kos pula bergantung kepada bengkel itu sendiri, namun harganya sekitar RM 5 sehingga RM 10, maksimum mungkin RM 15 sahaja.
Jadi, dengan kos yang murah ini, memang tidak jadi satu masalah kepada mana-mana pemilik motosikal.
Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya kita pun boleh memasang ‘cacing’ tayar sendiri dalam masa tidak sampai lima minit pun.
Seorang pengguna TikTok, Dania Garage Official (@daniagarageofficial) berkongsi cara untuk memasang ‘cacing’ pada tayar motosikal yang sudah bocor.
Jelasnya, kita cuma perlu menyediakan dua jenis alat apabila ingin memasang cacing pada tayar motosikal. Alat yang pertama perlu memiliki hujung yang tajam dan lagi satu perlu memiliki cangkuk pada hujungnya.
Bahagian tajam pada alat yang pertama digunakan untuk membuat lubang pada bahagian tayar yang bocor. Alat yang kedua, yang mana memiliki cangkuk itu bula digunakan ketika ingin memasukkan cacing pada tayar.
Pertama sekali, pam sedikit tayar hingga menjadi keras dengan angin. Apabila tayar sudah menjadi keras, kenalpasti bahagian bocor pada tayar motosikal.
Selepas berjaya mengenalpasti kawasan kebocoran, cucuk pada tempat tersebut dengan menggunakan alat yang tajam.

Menurut Danial Garage Official, tayar perlu dipastikan keras bagi memastikan kawasan yang bocor dapat dikesan dengan mudah.
Selepas itu, letakkan cacing pada alat yang memiliki cangkuk tadi. Anda juga boleh meletakkan sedikit minyak pada bahagian hujung cacing itu tadi.

Dengan ini, geseran dapat dikurangkan dan cacing dapat dimasukkan dalan dalam lubang tadi dengan mudah dan cepat.
Seterusnya, cabut alat berhujung tajam daripada bahagian tayar yang bocor dan sumbat cacing masuk pada bahagian tersebut.
Lebihan cacing tadi boleh dibiarkan begitu sahaja kerana sewaktu roda motosikal berputar, cacing tersebut akan menjadi penyet degan sendirinya.
Anda juga boleh tonton video perkongsian Danial Garage Official dibawah. Semoga bermanfaat.
@daniagarage Cara cucuk cacing degan betul #fyp #fypシ #daniagarage #rempitotaktakkosong #bengkelmotorkajang
♬ original sound – Dania Garage Official – Dania Garage Official
BACA: “Menipu Harta Orang…”, UAI Ingatkan ‘Geng’ Suka Tipu Tuntutan “Mileage & OT” Masa Kerja
Sumber: daniagarage via TikTok