Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

TMJ Sahkan Jalil Elias Bakal Sertai JDT
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengesahkan Jalil Elias bakal diumumkan sebagai pemain baru kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
Desas-desus pemain itu bakal berhijrah ke Liga Malaysia sudah berlegar di media antarabangsa. JDT yang kekal dengan impian untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara AFC itu setiap tahun berusaha memastikan pasukan mereka dinaiktaraf.
JDT juga baru sahaja dinobat sebagai juara Liga Super untuk kali kesepuluh berturut-turut. Ini menyaksikan sejak 2013, tiada mana-mana kelab mampu menggugat penguasaan JDT dalam kancah Liga Super.
Jalil Elias kini sedang beraksi di liga utama Argentina, Primera Division untuk pasukan San Lorenzo. Pemain tengah 27 tahun itu sudah membuat 33 penampilan untuk San Lorenzo dan menjaringkan tiga gol.
Jalil Elias bakal menjadi aset baharu JDT untuk mengharungi cabaran musim baru nanti. Ada juga cakap-cakap mengatakan Leandro Velazquez akan menjadi pemain neutralisasi terbaru dan mungkin slot pemain import yang ditinggalkan Leandro akan diisi oleh Jalil.
Sumber: Zulhelmi Zainal Azam