Siakap Keli
clash of clans pc google play
Kredit: Google

Permainan ‘Lejen’, Clash Of Clans Kini Ditawarkan Dalam Versi PC

Permainan ‘Lejen’, Clash Of Clans Kini Ditawarkan Dalam Versi PC

Permainan mudah alih, Clash of Clans dan Clash Royale kini ditawarkan dalam versi PC pula bermula 23 Oktober lepas, lapor pembangunnya, Supercell dalam satu kenyataan.

Menurut Supercell, kedua-dua permainan tersebut ditawarkan menerusi Google Play Game, iaitu hub permainan atas talian Android. Bagaimanapun, ia ditawarkan dalam versi beta buat masa ini.

“Kami sentiasa mengutamakan para pemain kami dalam semua keputusan yang diambil. Buat sekian lama, pemain kedua-dua permainan ini meminta agar diadakan versi PC.

“Jadi, kami berharap anda semua dapat menikmati cara baru bermain COC dan Clash Royale ini,” kata Stuart McGaw, Pengarah Urusan COC.

Menurut Android Police, penawaran kedua-dua permainan tersebut dalam versi PC adalah sebahagian daripada usaha Google Play Game meneroka industri permainan PC yang kompetitif.

Selain COC dan Clash Royale, terdapat kira-kira 3,000 permainan mudah alih yang lain turut ditawarkan dalam versi PC.

Difahamkan, kesemua permainan yang ditawarkan dapat dimainkan pada PC dengan sistem operasi Windows 10 dan 11.

Clash Of Clans Boleh Didapati Di PC Menerusi Google Play Games Beta
Kredit: Google

Lebih menarik, semua data permainan yang dimainkan di pelbagai gajet dapat diseragamkan dengan versi PC. Ia bermakna, pemain boleh menyambung rekod permainan asal mereka tanpa perlu memulakannya semula.

Selain itu, platform tersebut turut meningkatkan tahap kualiti visual bagi setiap permainan. Google Play Games pada PC kini menyokong resolusi skrin 4K bagi memastikan pemain dapat menikmati kualiti visual yang mantap.

Peningkatan ini juga dipadankan dengan fleksibiliti untuk menentukan tahap resolusi apabila pemain dibenarkan untuk membuat pelarasan mengikut kesesuaian masing-masing.

Kemas kini terbaharu didatangkan dengan keserasian alat kawalan permainan

Bukan itu sahaja, kemas kini terbaharu pada minggu ini turut memperkenalkan keserasian dengan alat kawalan permainan.

Para pemain kini boleh menyambungkan alat kawalan permainan seperti Xbox S, Xbox X, Xbox One, PlayStation 5 DualSense, atau PlayStation 4 DualShock ketika bermain.

Sungguhpun begitu, pihak Google memaklumkan hanya dua permainan yang menyokong penggunaan alat kawalan permainan iaitu, Asphalt 9: Legends dan BADLAND setakat ini.

BACA: Apa Beza “Decline/Accept” Dengan “Slide To Answer” Di Iphone Bila Panggilan Masuk? Ini Jawapannya

Sumber: Android Police

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma