Siakap Keli
UPSR tidak akan dikembalikan
Kredit BERNAMA

UPSR Tidak Akan Dikembalikan-Fadhlina

UPSR Tidak Akan Dikembalikan-Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa, lapor Sinar Harian.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika ini memberi tumpuan kepada kurikulum 2027 menerusi jelajah atau jerayawara berkenaan kurikulum persekolahan terbaharu tersebut.

“Kita minta ibu bapa beri tumpuan kepada jelajah dah jerayawara ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk input-input memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

“Sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita. Khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan mereka (karakter) boleh diperkukuh,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata sedemikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Pada 28 April tahun lalu, Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan pemansuhan UPSR tersebut.

Selain itu, pada tahun yang sama juga, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) turut dibatalkan.

Sehubungan dengan keputusan pemansuhan itu, Mohd Radzi berkata bahawa pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Difahamkan PBD akan digunakan bagi mengukur pencapaian serta prestasi murid dan pelajar yang terbabit.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Untuk makluman, UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu meliputi 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Manakalah PT3 pula dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar berumur 15 tahun.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka