Siakap Keli
isteri nangis suami suprise
Kredit: @dik_wan96/TikTok

Isteri Nangis Suami Sediakan “Suprise” Untuknya Sempena “Anniversary”, ‘Bahagia Itu Tak Perlukan Duit’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isteri Nangis Suami Sediakan “Suprise” Untuknya Sempena “Anniversary”, ‘Bahagia Itu Tak Perlukan Duit’

Untuk menghadirkan perasaan bahagia di dalam diri tidak susah, paling penting tidak memerlukan duit yang banyak pun untuk membuatkan orang tersayang gembira.

Mudah sebenarnya untuk wujudkan perasaan positif dalam diri ini, lebih-lebih lagi jika nak gembirakan orang yang kita sayang.

Kadang dengan cara sederhana pun kita masih boleh tersenyum, sebabnya bahagia itu kita yang cipta sendiri jadi kita sudah tahu bagaimana cara untuk memikat hati keluarga dan orang yang terdekat dengan kita.

Seperti yang yang dilakukan oleh seorang lelaki ini, di mana dia melakukan sesuatu buat isterinya memandangkan hari tersebut adalah istimewa buat mereka, iaitu hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Pada 23 Oktober lalu, ia merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan buat Dikwan dan isterinya dan disebabkan itu dia mengambil peluang mahu membuat kejutan.

Dalam video tersebut, Dikwan bertungkus lumus melakukan kejutan dengan menghias meja makan dengan beberapa hiasan untuk terlihat sedikit menarik daripada kebiasaan.

Dia hanya menggunakan perkakasan yang sedia ada di rumah dan makanan makan malam juga dibeli di kedai sahaja.

Barangan perhiasan yang digunakan Dikwan amat berpatutan seperti kelopak bunga dan lilit yang berharga serendah RM3.

Kredit: @dik_wan96/TikTok

Dia kemudiannya menghias rumah mereka dengan menaburkan kelopak bunga di lantai dan juga meletakkan lilin untuk terlihat romantis.

Tidak dilupakan juga, sepotong kek yang dibeli dari kedai kek untuk meraikan hari ulang tahun mereka.

Tidak lama selepas itu, Dikwan telah siap menghias dan mula menghidupkan lilin yang diletakkan di lantai.

Kredit: @dik_wan96/TikTok

Apabila lilin itu dihidupkan, suasana rumah itu terlihat romantis ditemani dengan sayup-sayup cahaya lilin.

Isterinya kemudian pulang ke rumah dan terkejut melihat kejutan yang disediakan oleh suaminya.

Susulan rasa terharu, isterinya menitiskan air mata kemungkinan tidak menjangkakan akan kejutan tersebut.

Kebiasaannya, kita sering melihat wanita yang mengambil alih tugasan menyediakan kejutan namun berbeza pula dengan Dikwan.

Menurut Dikwan, menghargai tidak memerlukan wang yang banyak, cukup menyediakan semua perkara itu mengikut keperluan.

BACA: ‘Bahagia Cara Kita’, Suami Isteri Enjoy Main Luncur Guna “Iron Board” Dalam Ribut

“Tak perlukan wang ringgit, cukuplah dihargai…”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai yang setuju dengan kenyataan Dikwan dan mereka juga mengatakan walaupun di dunia ini kita tidak kaya seperti orang lain namun kita masih berhak untuk rasa gembira.

“Peringatan untuk semua pasangan, walaupun kita tak kaya mana, kita masih boleh buat yang terbaik untuk cinta hati kita. Yang penting tu usaha dan kasih sayang,” ujar netizen.

“Percayalah seorang isteri tak minta pun wang ringgit dan berjuta-juta atau emas sampai ke lengan. Cukuplah dihargai walaupun diberi coklat pun terharu,” seloroh warga maya.

“Usaha abang lagi mahal dari makan di tempat yang mahal,” puji warga maya lagi.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@dik_wan96

sory typo tarikh dlm video .. 23.10 tau bukan 23.12 🤭 Menghargai tak perlu banyak wang .. 🫰#aniversary

♬ My Memory Piano Winter Sonata Ost (Cover) – Lekson

Sumber: @dik_wan96/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana