Siakap Keli
lubuk nak dapatkan beras

Beras 10kg Hanya RM26, Ni Lubuk Tersembunyi Nak Dapatkan Beras Tempatan Murah

Beras 10kg Hanya RM26, Ni Lubuk Tersembunyi Nak Dapatkan Beras Tempatan Murah

Beras adalah makanan ruji yang sangat tidak asing lagi khususnya dalam kalangan penduduk di rantau Asia. Bagi rakyat Malaysia, hidangan makanan pastinya akan rasa pelik jika tidak diselitkan sekali dengan menu yang berasaskan nasi ini.

Justeru, jika ketiadaan beras atau nasi di atas meja makan, semestinya ia akan menimbulkan rasa seakan tidak lengkap. 

Umum telah mengetahui bahawa, agak sukar untuk mendapatkan beras tempatan di pasaran pada ketika ini. Ketiadaan stok beras tempatan di pasaran sememangnya telah memberikan impak yang begitu besar khususnya kepada rakyat Malaysia.

Dah puas pusing semua kedai, dari kedai kecil sampailah ke pasaraya besar, semuanya memberikan jawapan yang sama iaitu tiada stok.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu bahawa nak beli beras bukan hanya boleh beli dekat kedai-kedai saja. Banyak lagi tempat dan kaedah yang boleh korang buat untuk dapatkan beras ni. 

Antara kaedah yang korang kena try adalah dengan membeli secara online dekat laman web agrobazaar.com.my yang merupakan hasil inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Menariknya dekat laman web ni, korang boleh beli beras tempatan 10kg dan empat lagi barangan lain pada harga RM41.50 sahaja.

Dekat dalam laman web ni, ada pelbagai barangan keperluan yang korang boleh dapatkan. Antaranya ialah beras, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut, daging, dan macam-macam lagi. 

Beras tempatan disediakan, hanya RM26/10kg

Selain daripada laman sesawang AgroBazaar tu, korang juga boleh pergi ke Hari Peladang, Penternak & Nelayan (HPPNK) yang bakal berlangsung di Dataran Bulatan Azlan Shah Meru, Ipoh, Perak pada 10 hingga 12 November ini untuk beli secara terus beras dan barangan dapur dengan harga yang berpatutan.

Dekat HPPNK ni bukan sahaja akan ada jualan barangan keperluan, dekat sini ada pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sesuai untuk semua peringkat umur.

Untuk HPPNK kali ni, golongan muda diseru untuk datang kerana ada satu segmen yang bernama AGRO MILENIA ni telah disediakan khas untuk golongan muda ikut serta. Dalam segmen ini, ada pelbagai aktiviti menarik yang golongan muda boleh join antaranya ialah Lepaking Orang Muda, Klinik Orang Muda, Sukan Orang Muda, Ruang Orang Muda dan banyak lagi.

Selain daripada itu, ada juga segmen Teknologi dan Inovasi untuk golongan muda dekat HPPNK ni. Dalam segmen tu terdapat aktiviti Showcase Teknologi dan Inovasi, Anugerah dan Penghargaan, Rakan Strategik serta lain-lain lagi.

Tak hanya itu, antara aktiviti lain yang bakal dijalankan adalah E-sukan, akan ada perkongsian kisah kejayaan daripada influencer, ada pameran baka lembu hibrid, pameran haiwan kesayangan, ada selawat perdana, persembahan akrobatik dan macam-macam lagi.

Kalau korang yang tengah cari beras tu, korang wajib datang sini sebabnya, akan ada beras tempatan yang dijual berharga RM26 untuk korang beli dekat sini. Bukan takat beras, telur dengan bunga orkid pun ada dijual tau. Memang menarik, rugi kalau tak pergi. Jangan lepaskan peluang ni.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan AgroBazaar dan HPPNK ni, korang boleh terus klik di sini.

Aqmal Ezany

I write what is right