Siakap Keli
zakir naik palestin
Gambar: BERNAMA

Dr. Zakir Naik Sumbang Semua Duit Menang Saman Fitnah, RM1.52 Juta Kepada Palestin

Dr. Zakir Naik Sumbang Semua Duit Menang Saman Fitnah, RM1.52 Juta Kepada Palestin

Penceramah dan pendakwah terkemuka, Dr. Zakir Naik semalam memaklumkan bahawa beliau akan menyumbang semua duit yang dimenangi dalam saman fitnah kepada Palestin.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman facebooknya semalam.

“Saya berhajat mahu menyumbangkan semua jumlah penuh, RM1.52 juta kepada Palestin. Saya berdoa semoga apa yang dilakukan diterima Allah S.W.T,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi pada Khamis memerintahkan defendan, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar amaun berkenaan kepada penceramah berasal dari India itu dalam tempoh 30 hari.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan Dr. Zakir Naik selaku plaintif berjaya membuktikan tiga elemen fitnah yang dilemparkan oleh bekas pemimpin negeri itu, empat tahun lalu.

Oleh itu, defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 bagi setiap penyata fitnah (berjumlah RM1 juta). Selain itu, defendan juga perlu membayar ganti rugi teladan RM50,000 bagi setiap penyata (berjumlah RM250,000).

Defendan juga perlu membayar ganti rugi teruk RM20,000 bagi setiap penyata (RM100,000) dengan kos sebanyak RM70,000.

Sumber: Dr. Zakir Naik, Sinar Harian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.