Siakap Keli
Gambar via CNN

Penampakan Tarantula Menjadi Punca Kemalangan

Penampakan Tarantula Menjadi Punca Kemalangan

Seorang pelancong cuba untuk mengelak daripada melanggar seekor haiwan di sebuah taman negara namun terlibat dalam kemalangan kerananya.

Namun, apa yang membuatkan pemandu itu ketakutan bukanlah kerana beruang atau bison, tetapi seekor tarantula.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Taman Negara Deatn Valley di California, dua orang pelancong dari Switzerland berada di dalam sebuah campervan pada 28 Oktober.

Si pemandu yang ternampak tarantula itu terus menekan brek secara mengejut. Ini telah menyebabkan seorang pemandu motosikal yang memandu di belakang van itu merempuh belakang kenderaan tersebut.

Penunggang motosikal itu dibawa ke hospital. Manakala labah-labah itu pula, menurut kenyataan taman itu, “Berjalan pergi tanpa kecederaan”.

BACA JUGA: Ular Tedung Cedera Dihempap Besi Dihantar Ke Rawatan Naik Ambulans

Walaupun tarantula hanyalah salah satu daripada banyak haiwan liar yang ditemui di Death Valley, taman negara terpanas dan paling kering di negara itu, namun ia bukanlah yang paling kerap dikesan.

Seperti yang dijelaskan oleh siaran akhbar taman itu, labah-labah tersebut menghabiskan sebahagian besar masa tinggal di bawah tanah dan hanya muncul untuk mencari pasangan.

Musim luruh adalah musim yang paling biasa bagi tarantula untuk keluar dari tanah. Namun, pihak taman itu meminta pengunjung Death Valley untuk tidak panik sekiranya mereka ternampak makhluk berkaki lapan itu.

“Tarantula bergerak dengan perlahan dan tidak agresif. Gigitan tarantula dikatakan sama seperti sengatan lebah, dan ia tidak membahayakan nyawa manusia,” maklum mereka.

Terdapat pertemuan manusia-haiwan lain di taman negara Amerika sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi kebanyakannya adalah kerana orang yang cuba mendekati haiwan itu dan bukannya menjauhinya.

Pada awal tahun ini, seorang pekerja di Taman Negara Yellowstone terpaksa membunuh seekor anak bison kerana ada pelawat cuba mengambil haiwan itu.

Lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan “memberi makan, menyentuh, mengusik, menakutkan atau sengaja mengganggu hidupan liar” dan didenda $500 (RM2,375.75).

Minggu ini, sebahagian daripada Taman Negara Blue Ridge Parkway di North Carolina telah ditutup selepas beberapa insiden “pelawat memberi makan dan cuba memegang anak beruang.”

Sumber: CNN

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.