Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: @syaridatulnabilah via TikTok

Ada Roti Berlebihan? Cuba Resipi Puding Roti Simple Ni

Nurul Alya

Ada Roti Berlebihan? Cuba Resipi Puding Roti Simple Ni!

Kadang-kadang, bila kita beli sebungkus roti, lagi-lagi yang tinggi tu, kita tak akan habiskan semuanya. Betul tak?

Sesetengah orang, dia makan roti sekeping dua saja. Menjelang dia nak makan lagi, roti itu pun dah tarikh luput. Kan dah membazir.

Jadi, daripada anda pening kepala fikir nak buang atau tak roti lebihan roti yang belum luput itu, apa kata anda cuba resepi puding roti ni?

Tak ada lah anda rasa muak dengan roti kosong saja, kan?

Bahan-Bahan Puding Roti

Puding roti ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Bahan-bahannya ialah 10 keping roti kosong, marjerin dan satu tin susu sejat.

Selain itu, anda memerlukan tiga butir telur, empat sudu besar gula, satu sudu teh esen vanilla, cip coklat dan kismis (kalau tak makan kismis, tak nak letak pun tak apa).

Bahan-Bahan Krim Custard

Puding roti kebiasaannya dimakan dengan krim custard, jadi anda perlulah buat krim itu juga. Kalau tak, tak lengkaplah puding roti anda!

Bahan-bahan untuk krim custard pula ialah dua cawan susu full cream, tiga sudu besar gula, dua sudu besar serbuk custard dan setengah cawan air.

Cara-cara Membuat Pudding Roti

Langkah pertama, sapukan marjerin kepada roti, dan potong roti kepada empat bahagian. Anda akan mendapat empat keping roti bersegi empat yang kecil.

Masukkan ke dalam bekas setelah anda selesai memotong roti itu.

Kemudian, masukkan satu tin susu sejat, tiga biji telur, empat sudu besar gula dan satu sudu teh esen vanilla ke dalam bekas pengisar.

Kisarkan bahan-bahan selama dua minit, dan tuangkan ke dalam bekas roti itu. Tekan roti dengan sudu atau bahan yang sesuai untuk memastikan roti tenggelam ke dalam campuran susu itu tadi.

Masukkan pula chip coklat atau kismis. Bakar roti itu di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah selama 40 minit.

Bagi pengguna air fryer pula, anda boleh membakar roti itu dengan suhu 170 darjah selama 10 minit (kena tengok juga saiz air fryer anda! Lain saiz, lain masanya!).

Dah selesai membakar roti, anda boleh letak di tepi dulu roti itu dan buat krim custard pula.

Cara-Cara membuat Krim Custard

Didihkan dua cawan susu full cream, setengah cawan air, dua sudu besar serbuk custard dan tiga sudu besar gula.

Kacaukan ketika ia sedang mendidih dan didihkan sehingga ia menggelegak.

Apabila custard itu sudah siap, anda bolehlah tuangkan krim custard ke atas puding roti. Haa, dah siap untuk dimakan!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Sumber: syaridatulnabilah via TikTok

BACA JUGA: Resepi Lasagna Homemade Simple, Jom Cuba