Siakap Keli
kereta tak hidup
Gambar: TikTok @unitedviablecars

Kereta Tak Hidup Sebab Bateri Hampir ‘Kong’, Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Kereta Tak Hidup Sebab Bateri Hampir ‘Kong’, Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Kereta kini boleh dianggap sebagai satu keperluan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain di samping menjadi pilihan dikala cuaca yang tidak menentu.

Pun begitu, penggunaan kereta dalam jangka masa tertentu juga memerlukan penggantian komponen baharu bagi memastikan kelancaran pemanduan.

Lazimnya, antara bahagian kereta yang sering dan perlu diberikan perhatian adalah minyak enjin, brek, tangki air, tayar dan banyak lagi.

Bateri kereta juga tidak terkecuali dalam hal ini. Dalam kes tertentu, pemilik kenderan yang tidak peka dengan keadaan bateri kereta mereka boleh menyebabkan kenderaan tersebut tidak dapat dihidupkan.

Walau bagaimanapun, bagi pemilik kenderaan yang menggunakan sistem push start button, ketika bateri kereta hampir ‘kong’, tentunya sukar untuk menghidupkan kembali enjin kenderaan anda.

BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Tahukah anda, sebenarnya terdapat satu trick untuk hidupkan kembali kenderaan yang hampir mengalami masalah kehabisan bateri.

Oleh itu, jom kita ikuti perkongsian pemilik akaun TikTok @United Viable Cars di bawah.

Trick Hidupkan Kereta Yang Bateri Hampir ‘Kong’

Menurut lelaki tersebut, mungkin ada yang sudah mengetahui mengenai caranya, tetapi mungkin ramai lagi yang tidak tahu. Hal ini kerana ia boleh diaplikasikan terhadap kenderaan yang menggunakan sistem push start button sahaja.

Katanya, sekiranya bateri kereta tersebut hampir habis, pemilik tidak dapat menghidupkan kenderaan mereka dengan sistem tersebut.

Gambar: TikTok @unitedviablecars

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah ambil kunci kereta. Kemudian, letakkan kunci tersebut pada sistem push start button kereta.

Seterusnya, anda dapat melihat papan pemuka (dashboard) kereta anda kembali ‘bernyala’. Barulah pijak pedal brek kereta dan tekan push start button kereta seperti biasa.

push start button bateri
Gambar: TikTok @unitedviablecars

Kemudian, kereta anda dapat dihidupkan kembali.

push start button bateri kereta
Gambar: TikTok @unitedviablecars

Mudah je kan? Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

@unitedviablecars

Share dekat group family okay? #tipskereta #keretarecond #unitedviable

♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

Sumber: TikTok @unitedviablecars

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?