Macam Kedai Tomyam, Gadis Teruja Tengok “Traffic Light” Terang Meriah
Sebuah video yang memaparkan lampu isyarat unik seperti lampu di kedai makan tomyam tular di media sosial.
Perkongsian menarik dan unik itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @sandarahanayu.
Menurut perkongsian itu, pada awalnya, wanita itu bersama rakannya sedang berhenti di sebuah lampu isyarat seperti kebiasaannya.
Namun keunikan lampu itu telah membuatkan wanita itu bertindak merakamnya lalu memuat naik video tersebut di akaun TikTok miliknya.
“Gempak gila traffic light kau,” kata salah seorang wanita yang berada di dalam video tersebut.

Ia kemudiannya dibalas oleh pemandu kereta tersebut yang mahu melihat bagaimana rupa lampu itu jika ia berubah warna kepada hijau.
“Cuba tengok hijau dia macam mana. Cepatlah nak tengok juga, sekali semua hijau kan” balas pemandu kereta tersebut.
Pertukaran warna lampu isyarat itu kepada warna hijau disambut dengan sorakan yang meriah daripada wanita-wanita tersebut.

Ia cukup jelas menunjukkan keterujaan mereka apabila melihat pertukaran warna lampu isyarat yang unik tersebut.
“Sedikit jakun tengok traffic light dekat Melaka ni jadi kedai tomyam,” tulis kapsyen video muat naik tersebut yang memberitahu bahawa lokasi lampu itu berada di Melaka.
Lampu isyarat dikatakan berada di Ayer Keroh, Melaka
Selain itu, meninjau ke ruangan komen, ramai penonton juga dilihat mengiyakan bahawa lampu isyarat itu berada dan terletak di salah sebuah jalan di Melaka.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Antara komen lain yang ditinggalkan adalah:
“Tapi tak semua dekat traffic light Melaka ada benda ni. Ni kalau orang tak nampak lagi dah hijau memang baran aa,” tulis seorang netizen.
“Ini traffic light ke kedai akak toyee (tomyam) drive thru ni?” tulis seorang lagi netizen yang bergurau dengan keunikan lampu tersebut.
“Ni dekat Melaka depan petrol pam bhp tu ke? Ayer Keroh ada satu bandaraya ada satu traffic light macam ni,” tulis seorang netizen yang mahukan kepastian lokasi tepat lampu isyarat tersebut.
@sandrahanayu Sedikit jakun tengok traffic light kat Melaka ni jadi kedai tomyam 😭
Sumber: TikTok/@sandrahanayu