Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bidaan Jam Rolex: Dr. Zulkifli Beri Hasil Bidaan Kepada ICCS, 8 NGO Bantu Gaza

Nurhanis
dr. zulkifli hasil bidaan rolex
Kredit: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri/Facebook

Bidaan Jam Rolex: Dr. Zulkifli Beri Hasil Bidaan Kepada ICCS, 8 NGO Bantu Gaza

Hasil bidaan jam jenama Rolex kesayangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang terjual dengan harga RM135,000 telah disalurkan kepada Islamic Charity Center Society (ICCS) dan lapan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan di negara ini.

Dr. Zulkifli mengesahkan perkara tersebut dengan mengatakan separuh daripada hasil bidaan iaitu sebanyak RM100,000 telah disampaikan kepada Setiausaha Agung ICCS, Dr. Jaber Hassan untuk disalurkan secara terus kepada Gaza.

“Saya telah selamat menyampaikan amanah RM100,000 hasil bidaan jam Rolex saya kepada Dr. Jaber Hassan, Setiausaha Agung Islamic Charity Center Society (ICCS).

“Baki RM35,000 juga telah selesai disampaikan melalui transaksi dalam talian kepada lapah buah NGO terpilih seperti yang saya nyatakan tempohari, untuk disampaikan ke Gaza,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Lapan NGO terpilih adalah MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction.

Menurut Dr. Zulkifli, ICSS merupakan NGO besar di Amman dan telah lama berkecimpung dalam melaksanakan aktiviti kebajikan khusus kepada rakyat Palestin.

“ICSS juga memiliki sebuah hospital yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk merawat pelarian Palestin di Amman, Jordan,” jelasnya.

BACA: Bidaan Jam Rolex Dr. Zulkifli Cecah RM130K

Mengulas lanjut, Dr. Zulkifli berkata Dr. Jaber sempat memaklumkan keadaan terkini di Palestin kepadanya semasa pertemuan itu.

“Beliau turut meminta rakyat Malaysia teruskan berdoa dan menghulurkan bantuan melalui pelbagai saluran yang tersedia,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr. Zulkifli memaklumkan seutas jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala telah bertukar hak milik kepada salah seorang hamba Allah di Pasir Gudang, Johor.

Bidaan tersebut telah tamat dengan harga RM135,000 selepas beberapa hari ia dijalankan.

Untuk makluman, bidaan tersebut telah dimulakan dengan harga tapak kira-kira RM40,000 pada hari permulaan bidaan itu.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri/Facebook

BACA: Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Cari Jalan Jauh Untuk Lakukan Solat Qasar