Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mayat lelaki pulau perhentian
Kredit: BERNAMA

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Berhampiran Pulau Perhentian

Nurhanis

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Berhampiran Pulau Perhentian

KUALA BESUT, 8 Nov (Bernama) — Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di perairan Pulau Rawa berhampiran Pulau Perhentian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mayat itu ditemukan pada 1 tengah hari oleh anggota Balai Polis Pulau Perhentian yang sedang melakukan rondaan dengan sebuah bot di kawasan perairan berkenaan.

Beliau berkata mayat dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi sudah mula mereput.

“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sekitar sepuluh hari lepas dan disyaki warga asing atau pelancong luar negara.

“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata Abdul Rozak dalam kenyataan hari ini.

BACA: Mayat Wanita Ditemukan Terapung Dalam Kolam

Semalam, penduduk sekitar kawasan Rumah Awam Pengkalan Nyireh di sini gempar susulan penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tandas sebuah surau di Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mayat bayi itu dijumpai oleh beberapa penduduk kawasan itu yang terhidu bau busuk dari dalam salah satu tandas surau berkenaan pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata beberapa orang awam kemudiannya masuk ke dalam tandas itu untuk memeriksa dan mereka menemukan satu baldi berwarna merah dalam keadaan telungkup di lantai tandas.

“Saksi kemudian membuka baldi itu dan ternampak mayat bayi di dalam plastik warna jernih, lalu mereka memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) surau yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya.

Sumber: BERNAMA