Cukup Mudah, Cara Nak Hilangkan Kulat & Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna 2 Bahan Je
Peti sejuk merupakan perkakas elektrik yang digunakan untuk menyimpan bahan-bahan makanan agar dapat bertahan lebih lama.
Suhu yang rendah dalam peti sejuk dapat melambatkan pembiakan bakteria sekali gus menyebabkan makanan terpelihara daripada rosak dengan cepat.
Namun, apabila peti sejuk mengalami masalah seperti tidak dapat berfungsi seperti biasa atau bekalan elektrik terputus, suhu dingin dalam peti sejuk tidak dapat dikekalkan.
Lama-kelamaan, situasi ini akan menyebabkan bakteria dan kulat tumbuh pada bahagian dalam peti sejuk. Ia juga berpotensi menyebabkan bau tidak enak terbentuk di dalam.
Tetapi, situasi boleh menjadi tidak menyenangkan apabila kulat dan bau masih kekal walaupun peti sejuk sudah dibersihkan dengan sebaik mungkin.
Lalu ada yang tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan?
Seorang pengguna TikTok (@warnacreamade) tampil berkongsi tip bagaimana mahu menghilangkan kulat dan bau yang ada selepas peti sejuk dibersihkan.
Katanya, apa yang perlu dilakukan diperingkat awal adalah memastikan semua kesan kulat pada permukaan tempat simpanan disingkirkan terlebih dahulu.
Namun sebelum itu, pastikan anda memakai sarung tangan dan pelitup muka kerana kulat-kulat itu dikhuatiri boleh mendatangkan masalah kesihatan pada diri.
Cuci bahagian yang ditumbuhi kulat dengan menggunakan sabun agar kulat tersebut tidak dapat tersebar dan merebak di dalam peti sejuk.
Dua bahan ini mampun menghilangkan bau kulat dalam peti sejuk
Dalam video TikTok yang berdurasi satu minit tujuh saat itu, pengguna tersebut menggunakan dua bahan untuk menghilangkan bau kulat.
Pertama, pengguna TikTok tersebut menggunakan esen vanila yang dicampur dengan sedikit air.
Untuk makluman, esen vanila mempunyai aroma yang segar dan wangi yang mana dapat memastikan peti sejuk kita tidak berbau busuk.
Apa yang perlu dibuat adalah dengan menggunakan kain bersih, lap campuran esen vanila dengan air itu tadi pada permukaan dalam peti sejuk.
Kedua, pengguna TikTok berkenaan menggunakan serbuk penaik yang berfungsi untuk menyerap bau-bauan.
Anda hanya perlu tuangkan beberapa sudu sebuk penaik ke dalam mangkuk dan masukkan mangkuk tersebut ke dalam peti sejuk.
@warnacreamade Pakai 2 benda confirm settle ✅ #fyp #tipsandtricks
BACA: Bukan Saja-saja Letak, Ini Fungsi Lain ‘Soak/Tube’ Pada Mesin Basuh Ramai Tak Tahu
Semoga bermanfaat.
Sumber: @warnacreamade via Tiktok